Wednesday, September 25, 2013

MENGIMBAU KENANGAN

Assalamualaikum,

Memerah otak, melihat suasana sekeliling, dengan idea yang semakin berkurang, sudah lama blog ni terbiar kosong. Pelik sungguh ayat tersebut...

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikan Engkau?" Allah berfirman: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (Al-Baqarah:30)

Mata melirik ke kiri ke kanan, melihat sekelompok manusia, yang suatu masa dahulunya telah berjanji setiap dari kita, untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah...

Saya sebenarnya sedang duduk di meja batu tempat parkir motor fk.. Berkunjunglah dua orang pakcik ikut serta membawa makanan, selesai melontar senyuman, masing2 membuat hal sendiri lagi...

"Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" 

Boleh jadi sudah ada khalifah sebelum manusia diutuskan untuk memakmurkan bumi, sehingga malaikat bertanya dan membandingkan kepada Allah tentang hal tersebut... Dan kerana terlalu dibuai keindahan dunia, sehingga mereka digantikan dengan ummat baru. Allah Maha Berkuasa. Dan dengan ilmu Allah, maka bersebab lah Allah melantik keberadaan kita disini. 

Banyak ayat-ayat al-Quran dijelaskan hanya untuk orang-orang yang berakal atau yang berfikir. Maka, bersesuaian lah jika kita tidak menyiakan akal yang dikaruniakan Allah ini untuk memikirkan tentang kejadian Allah supaya kita lebih beriman.

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikan Engkau"

Dengan ilmu Allah, dimata malaikat pertama kalinya, kita adalah sekelompok golongan yang suka membuat kerosakan, dan menumpahkan darah, which terbukti jugak sebenarnya... Sepertinya sudah ada sekelompok golongan yang seakan manusia sebelumnya pernah diutus Allah ke dunia dan membuat hal yang dinyatakan oleh golongan malaikat tersebut.

Makanya, untuk membendung hal tersebut, sebelum ia makin melarat dan turunnya musibah dari 
langit, maka kembali lah kepada ajaran Allah, kembali lah berpegang kepada Kitabullah dan Rasulullah...

Ok, keadaan semakin awkward disini, hamba blah dulu... Dan peringatan jugak kepada apple user yang sudah bertukar kepada ios7 supaya berhati2 sket dengan pemimjam gadjet anda, kerana ada cara untuk access kepada photo2 anda, tutorialnya xperlu diajar, kan nanti lain pulak jadinya :D ... Credit to Rj a friend of mine kerana menginfo dan mengajarkan sebentar td.. 

Peace
                   

>.<"

Saturday, June 29, 2013

SAYONARA JAHILIYYAH finale

Assalamualaikum,

:)

ape kabar semua nya? sudah makin membaikkah anda? doakan saya jugak...

Alhamdulillah,
setiap dari kita, terutama aku sendiri memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, dan dari kesilapan itu membawa kepada meminta keampunan, dan dari situ pula, adanya ke-istiqomahan menuju ke syurga... ameen

aku yakin, berapa ramai sangatlah dari kita yang merasa tenang apabila melakukan dosa? apetah lagi bila dosa yang dilakukan tu adalah dosa yang berulang2... mungkin patot aku ganti perkataan dosa tu kepada 'amalan jahiliyyah'? sama sajaa

mengapa jahiliyyah? kerana itu adalah amalan yang dilakukan sewaktu belum mendapat kesedaran, atau lebih tepatnya amalan diwaktu ego/nafsu masih mengatasi iman :P ... atau boley jugak cakap seperti menampar2 diri sendiri ketika mendakwah orang lain, boley ke? :D..

cieeee,
dahtu kok sekarang masih sama aja dong?

:D

ni yang nak tersenyum lebar je rasanya... dan jujur memang aku rasa sangat gumbira toing2 sekarang seperti nak gitaw ke seluruh semesta alam je... bayangkan lah, dah berbagai usaha aku cuba, dah berbagai nasehat aku dapat, dah berbagai cokelat aku dapat :P, tak jugak berjaya melawan nafsu merokok... dan Alhamdulillah, di suatu petang yang hening, satu perkataan berjaya menembus dinding tebal nih... iaitu ucapan 'QS'...

bunyi simple, tapi sape tahu dengan perkataan ni je Allah kuatkan hati aku, Alhamdulillah... aku takdelah dah berzaman brenti, tapi insyaAllah once dah kuat macam ni (nicotine level dah kosong mungkin), memang tak la nak berbalik balik kan, memang over laa kalau gitu kan -.-"

dan tujuan aku post ni bukan sekedar nak membanggakan diri :P.. tapi jugak sebagai pengajaran, kepada yang diluar sana supaya jangan sesekali berputus asa dalam membawa orang kearah kebaikan, kerana yang memberi hidayah tu bukanlah kita, tapi Allah swt, mungkin pencerahan yang panjang lebar tak melekat di hati, tapi dengan mesej ajak makan di 'burjo' berjaya lembutkan hati si dia, sape taw ;D... dan jugak sebagai kabar gumbira lah kepada anda2 yang xjemu2 berbuih mulut menasehat dan mendoakan saya disuatu ketika dahulu...

dan perjuangan masih belum selesai, masih banyak karat2 jahiliyyah yang 'bertempet' erat di hati nih.. dan dengan harapan, doa2 anda semua jangan sesekali putus, juga usaha keras mendakwah diri sendiri dan orang lain masih perlu sangat dilakukan...

sekian dari bernama

p/s~ anda mungkin tidak merasakan perihnya perjuangan saya, sebagaimana saya merasakan senangnya meninggalkan jahiliyyah anda, tapi saya yakin, setiap orang ada hijrah dia sendiri yang perlu dilakukan, moga2 Allah memberkati usaha perih anda dan saya :)
~yang pastinya, perjuangan ni masih berkurun jauhnya dibandingkan dengan perjuangan sahabat-sahabat terdahulu :)

Saturday, June 15, 2013

MAN OF STEEL

Assalamualaikum, :)

ngehehe, hati agak gumbira 2 3 menjak ni, Alhamdulillah... semua sudah macam agak keringanan... Alhamdulillah... so jangan duk risau2 lagi ye teman2 (ngahaha perasaan btol lah anda)... memang tanggungjawab tu makin bertambah2, memang stressor2 lain jugak seperti biasa datang menjenguk, tapi... camtulah, santai jeee... mungkin kerana senyuman anda begitu berharga gitu, kih3

ayat di atas mungkin ga nyambung ye, tapi pokok nya sangat2 bersyukur lah, banyak jugak berita2 baik singgah menyerikan hidup ni, xkira lah yang melibatkan anda atau tidak, saya ucapkan terima kasih, :)

ada satu benda yang sebenarnya berjaya memotivasikan diri yang makin lelah ni... iaitu tentang pilihan yang kita cakap kemarin. pelik kan bila kita memilih sesuatu jalan yang kita xsanggup untuk hidup dengannya... dah kalau sampai gitu jadinya, maka macam mana nak bahagia... maka ketemulah akan saya satu solusi, dimana saya perlu muhasabah diri, anda jugak harus... muhasabah diri tentang keikhlasan kita...

ye, saya tau anda memang ikhlas lah, saya pon ikhlas, bukannya xikhlas, isk3... just in case di tengah jalan tu, keikhlasan tu tergugat dek sesuatu, ye sesuatu... bila dah keikhlasan tu berpindah kepada sesuatu yang selain Allah (nauzubillah minzalik), maka tu yang mungkin sedikit sebanyak mempengaruh kestressan anda, eh saya... ye semuanya.

maka, muhasabah tu untuk membetolkan balik nawaitu kita, meluruskan balik jalan yang kita tempuhi sekarang, supaya tidak kita melencong sampai ke kelantan (eh boleh ke?)

sampai ke kelantan pon boley, boley jugak pekena nasik kerabu siam mari, kih3...

dan kelurusan jalan nya tadi biar lah btol2 menuju kepada Pencipta kita, ya Allah swt. once kita dah memilih menuju kesana, kerana kerinduan, kecintaan, kehambaan, maka memang tidak patot untuk saya lemah kepada perkara2 lain nya, lagi2 yang bersifat duniawi...

memang bila dah bergelar seorang insan, atau manusia, kita tidak lari daripada bersifat pelupa dan kurang bermotivasi, tapi ia nya memang salah kalau kita mengambilnya secara bulat2 dan menyalahkan takdir. dan kerana itu adanya ukhwah fillah, adanya pintu taubat, supaya kita dapat saling memperingati kerana Allah swt, dan senantiasa melangkah kebelakang apabila xsengaja tersesat...

namun, saya akui, tak semua keputusan yang kita ambil ni senang, dan sangatlah berbeza kesusahannya, xsama setiap individu... ya berat, dan mungkin terkadang xsengaja, sebab terlalu excited ke, teman2 mempengaruh sangat ke, hingga sampai kesuatu tahap, terasa susah untuk berbalik lagi... mungkin

tapi, ingatlah balik, syurga dan neraka tu berkekalan, dunia tu tersangatlah singkat, sehinggakan manusia apabila merasakan kenikmatan di syurga, mereka melupakan kepayahan di dunia, dan begitulah sebaliknya... nak taknak, Allah swt anugerahkan kita pilihan itu, dan rugilah kalau KITA berpaling daripada hidayah Nya.

p/s~ saya ngerti susah mau buat pilihan tu, susah mau ngambil kekuatan untuk merubah, faktor sekeliling senantiasa menjadi faktor yang agak kuat... saya pon sama jaa, tapi saya yakin anda lebih kuat dari saya, buatlah perubahan tu untuk anda, dan saya jugak, anda kan man of steel, saya suparman cap ayam je, kui3... :)

satu lagi, doakan kejatuhan mereka, xleh g molek tengok video nih, panas sejuk je rasa