apa khabar iman anda hari ini? apa khabar solat anda? apa khabar sadaqah anda? apa khabar dakwah anda? apa khabar hati2 anda sekelian? moga2 semua nya masih mantap dan terpenuhi dengan ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah swt :)
" Sungguh, Allah Mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati " 35:38
" Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan, dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati " 64:04
terkait dengan hati, dengan iman, dengan taqwa, emang kenapa dengan dunia sekarang? eh2 gak nyambung yaa? ntah laa, kalau ditonton di pesbuk sekarang ni, macam2 dan berbagai2 perkara berlaku, dari yang non-muslim nye sehinggalah ke yang memang kita2 sendiri ni... agak tersentap bila menonton video2 apa yang berlaku di Bangladesh, dan lain2 tempat lagi, even termasuk lah Malaysia sendiri... kalau yang ditindas tidak dibantu, dan yang tertindas diam2 masih tak sedar2, dan yang belom tertindas sedang hangat melagha... tak semua, dan bukan anda yang membaca ye, tapi cuma segelintir dari kita, dan segelintir itu kita tidak mau yee...
" Sungguh Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka " 13:11
terus kenapa? kalau sekadar nak complaint, baik xpayah kan... saya sendiri pon sedang ligat memikirkan kenapa ini bisa terjadi, apa salah pemimpin? atau salah keluarga? atau salah diri kita sendiri?
kemana hilangnya Islam dan Iman dalam diri kita? apa memang kita sudah yakin kita pasti selamat daripada 'azab Allah? emang kita cuma sekadar melafazkan keimanan kita hanya sekadar memuaskan hati2 manusia, sedangkan di dalam hati kita masih ragu2 tentangnya...bukankah iman itu bukan sekadar membenarkan di dalam hati, tapi juga harus kepada lisan nya, dan terserlah melalui perbuatannya... atau apakah memang dari hati kita lagi yang berpenyakit?
persoalan2 sebegini tidak haruslah saya jawab seolah2 saya mengetahui apa yang ada didalam hati antum semua, tetapi hanya sekadar mengstimulatekan anda semua untuk berfikir sejenak dimanakah kita, siapakah kita, dan fahamkah kita akan kenapa kita disini? adakah hanya sekadar untuk makan minum tidor bangun dan bermain? anda pikir?
sebuah hadith daripada Ibn Mas'ud ra menyatakan
" Sesungguhnya engkau berada pada satu zaman yang didapati banyak fuqaha'nya (orang2 yang faham ayat al-Quran) dan sedikit pula qara'nya (orang2 yang pandai membaca ayat2 al-Quran) tetapi hudud al-Quran tetap dipeliharanya sedangkan hurufnya tidak pula sangat diwajibkannya. Sedikit orang meminta, banyak orang yang memberi. Mereka memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah. Mereka mulakan saja 'amal2 mereka sebelum percakapan mereka. Dan akan datang satu zaman kepada manusia yang didapati sedikit sekali fuqaha'nya, banyak pula qara'nya, dipelihara benar hurufnya tetapi disia2kan hududnya. Banyak orang meminta, sedikit orang yang member. Mereka memanjangkan khutbah, memendekkan sembahyang. Mereka mulai menuruti kemahuan2 mereka sebelum melakukan 'amal2 mereka.
sedih ye, bila al-Quran ditinggalkan, al-sunnah dikikis dari kehidupan sehari2, manakala akal pula yang diagungkan... zaman sudah moden, tidak sesuailah dengan kitab ni... HOIII, sape anta mau ngomong gini? dan jangan sampai terbatal lah iman kita dengan hal2 sebegini, sedangkan beriman kepada kitab adalah antara asas rukun iman yang wajib kita imani... dan al-Quran adalah pelengkap kepada kitab2 sebelumnya... apa kita tidak yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui? sedangkan tentang diri kita sendiri pon kita blurrr yee...
mungkin kerana ni lah yang mengundang saudara2 kita diluar sana yang menjadi mangsa, iaitu kerana lemah nya kita, kerana jauh nya kita kepada Allah
okay, sebelum makin jauh melalut ntah kemana, saya cuma ingin menyeru, yuq kembalilah kita kepada al-Quran dan al-sunnah, berpegang teguh lah kepada kedua2 nya, sentiasa jadikan kedua2 nya panduan dalam kita mengharungi kehidupan di dunia supaya kita selamat di dunia dan di akhirat kelak... meh lerr sama2 sepakat, berjanji, dan berganding bahu (cewaahh skema gabang ayat nye) dalam menegakkan Islam, mengembalikan manusia seluruhnya untuk tunduk kepada Allah swt... dan saya sendiri yakin, dengan potensi yang ada dalam diri kita masing2, kita mampu, bahkan tersangatlah mampu dengan pertolongan Allah swt jua. semoga kita istiqamah.
p/s~ sebenarnya lain yang ingin ditulis, tapi tertulis begini, mungkin kerana mabuk daging (alasan penulisan yang kucar-kacir), dan semoga bermanfaat
~doakan saudara kita diluar sana semoga sentiasa selamat dibawah perlindungan Allah swt
~doakan jugak saudara kita yang di Lahad Datu supaya semuanya terselamat
~doakan jugak kita semua supaya dikurniakan taufiq dan hidayah, dan semoga berjalan di jalan yang diredhai Allah swt
No comments:
Post a Comment