Monday, December 23, 2013

DAN MUNGKIN BILA NANTI

assalamualaikum wbt,

:)

ape khabar anda? Alhamdulillah semoga senantiasa sehat dibawah rahmat Allah swt semua nya ya, hehe

jauh mungkin kita semua melangkah, jauh sekali, daripada ndak punya apa2, hingga lah kesaat ini, di bumi jogja, baru merasa lelah nya itu semua berguna... apa yang berlaku sekarang bukan cuma kita rasakan, malahan, setiap detik perih senang kita lalui, pernah jua dilalui oleh orang2 terdahulu sebelum kita... malah, perjuangan kita di bandingkan dengan beliau2 yg hebat terdahulu itu mungkin jauh mata memandang lagi... xpe, usaha dan usaha...

di suatu peperangan ahzab ketika dahulu, dimana ketika itu umat Islam mungkin merasa sudah tidak berdaya, dengan puluhan ribu tentara yg mungkin melebihi semua penduduk madinah ketika itu... suatu perancangan, pakatan yang hebat untuk menyerang dan mengepung kota madinah mungkin telah menimbulkan pelbagai ketakutan dan kelemahan semangat kepada tentera Islam juga... walaupon demikian, strategi tetap jua digali sehingga timbul lah suatu idea untuk menggali parit... suatu peperangan yang mungkin tidak banyak melibatkan fizikal, tapi lebih kepada peperangan psikologi... bayangkan untuk menggali parit itu sahaja setiap daripada penduduk harus menggali sekira 3 meter dalam, dan panjang 40 hasta juga sudah cukup mengalirkan peluh kita yang hanya duduk di kerusi membaca dan mendengarkan... ditambah pula dengan ancaman musuh yang sangat hebat ketika itu... ketika itu juga lah, ramai yang mula mengutarakan kata2 yang kurang enak, mencemuh, dan mula menunjukkan belang. di saat orang sudah di takut stress, Rasulullah, qudwatun hasanah, penyejuk hati para sahabat, datang memberikan visi yang menyenangkan dan memotivasikan...

ibroh nya bnyk sekali kita boleh ambil, dan salah satu nya adalah usaha itu tadi... sebagai seorang yang mengaku muslim, inilah dia contoh terbaik daripada para sahabat yang perlu kita ikuti... bila sudah jelas matlamat yang ingin kita capai, maka berlarilah, jangan pernah berhenti... sepenat mana pon kita, merangkak lah, jangan pernah berhenti... di akhirnya, insyaAllah tujuan kita pasti dan pasti tercapai... walaupon sudah seperti tidak ada harapan, ya, pokoknya jangan putus harapan... ujian itu pasti ada, sabar itu yang menjayakannya...

masih ingat lagi kita kepada konsep isti'ab? atau penguasaan yang harus ada kepada seorang dai'e? nah meh kita sama2 cek kembali, semoga ada manfaat nya... isti'ab kharaji (penguasaan luaran)

pertama adik-adik, adalah tentang kefahaman agama itu sendiri... memang tidak boleh disangkal lagi lah tang ni eh... kefahaman tentang agama inilah yang membawa kepada sanggup nya Sumayyah dibunuh... dan kefahaman ini lah yang lack dari diri muslim2 sekarang... berjuta million ilmu yang mungkin kita ada, tapi slack kat sini, bley melencong bang... ye bukan tu nak ditekankan, cuma nak cakap penting nya kefahaman tu tadi kepada diri sdr je... dan penting nya disini untuk orang lain, dimana kefahaman agama itu sendiri menarik orang2 disekitar kepada kita... fitrah manusia menginginkan kepada agama, dan apabila mereka mencari, dan dah bermindset kita sebagai orang yang boleh menolong, maka berlaku lah kontak kt situ... dan seterusnya seterusnya... k tak g panjang

kedua, qudwatun hasanah itu tadi, atau teladan contoh yang baik... masak seorang dai'e korek idung dalam kelas tanpa peduli kan teman2 sekitar, hehe... ye pon boley.. 'segolongan orang-orang yang masuk syurga pergi kepada penghuni neraka. penghuni neraka lalu bertanya, " bagaimana kalian bisa masuk syurga?" penghuni syurga lalu menjawab, "demi Allah, tidaklah kami masuk syurga melainkan dengan apa yang kami pelajari dari kalian." maka penghuni neraka berkata, "sesungguhnya kami mengatakan tetapi kami tidak berbuat." ' Jelas sudah kan? kata2 sahaja tidak cukup untuk menegakkan apa yang diperkatakan, sehinggakan kalau boleh, buat dulu baru cakap... bukan tu je lah, dalam milih teman pon, yang jenis xtau malu, kasar, sangat berkira, suka mengungkit, dengan teman yang baik, hensem, senyuman manis, mane kita lagi selesa bersama? tangan didada tanya selera...

ketiga, bersabar... sabar itu satu fondasi yang penting, banyak kebaikan bisa diperoleh melalui sabar... lebih2 lagi bila berdepan dengan anak2 comey yang pelbagai ragam... time2 tengah comel memang la kan, siang malam terfikir, tapi berkat sabar, insyaAllah bila mereka sudah melangkah dewasa mengenal Islam, lega tu macam baru lepas delivery je... sok2 tau ja kamu, hihi

keempat, juga penting, santun dan lemah lembut... awww, jangan pakat jadi sutun lepas baca ni eh, or jangan terlonglai pulak... indahnya lemah lembut dalam menutur kata, cantiknya kata2 mintak tolong bila disertakan dengan perkataan tolong, berbunga nya rasa bila dapat pelukan hangat teman bila memerlukan, pelukan isteri/suami apatah lagi kan? wink2... nah, berbagi salam, menegur dengan beradab, bukan sahaja kepada stranger atau anak2 je ye, dengan pakcik2 atau makcik berkedut ni pon kena jugak eh... terkedu kadang2 tengok senyum ketelinga bila dengan mad'u or anak, tapi dengan rekan seperjuangan, macam singa sembelit, isk3... insyaAllah cerita ni berlaku kat afrika sana, tade kaitan ngn kat sini.. :)

kelima memudahkan dan tidak mempersulit... yupsy, Islam itu mudah, jangan mempersulit... jangan terlalu jumud sehinggakan orang lari, orang meletakkan satu mindset yang serong kepada Islam dan tentera2 nya... ya Islam itu ada pendirian nya sendiri, tapi cara melaksanakan  atau cara menolaknya adalah berseni sekali, sehingga orang tidak memandang serong, bahkan makin respek dengan pendirian tersebot. itu yang Islam bersama nabi dan sahabat dahulu lalui... mereka ditunggu2 untuk datang, mereka sering diperhatikan dan ditiru... so kita pada hari ini jangan mudah sangat menggunakan nama Islam untuk menghindar sesuatu hal, sehinggakan orang melihat Islam itu melarang semua benda, tetapi jadikan diri kita itu Islam sehingga orang di luar mencari Islam dalam diri kita.

dan keenam tawadhu' dan merendah diri...

dan terakhirnya, senyumlah, dan ucapkanlah perkataan yang baik... senyum disini beerti bawa satu penampilan yang menyenangkan, menyenangkan semua orang... bukan nak sruh menggatai, tp senyumlah... dan banyakkan ucapkan perkataan yang baik... jgn hanya dipenuhi perli2an, sarcastikan, dan pelbagai lagi... lawak bagi kita, menyakitkan bagi yang lain... ya udah kenapa tak dihurai bab keenam? yup dah terang dan jelas...

mungkin satu part dah cukup, untuk penguasaan dalaman, mungkin bley semak kitab masing2... yang ni pon mungkin anda tak terbaca, dan yang luangkan masa, moga2 bermanfaat, maaf kalau tak eh, bley close tab cepat2 lain kali kalau tengok panjang gini..hihihi

dan... bergeraklah, cepat atau perlahan, asalkan tujuan kita sudah jelas, jangan putus asa... dan jangan sesekali berhenti, berat nak melangkah nanti... insyaAllah sampai la tu nanti, :)


No comments:

Post a Comment