Friday, August 3, 2012

F1 LEWAT DEPAN RUMAH

assalamualaikum, =)

sedar xsedar dah habes 2nd year rupanya yerr... cepat btol la masa berlalu sekarang ni... dulu ingat lagi waktu amik upsr, pmr, spm, a level, kejap btoiii... dari kecik jadi kiut, dari kiut jadi montel, dari montel jadi gendut, dari gendut jadi kurus, dari kurus jadi gendut balik, ahaha, enak2 aja ya... 

ingat lagi first time sampai di jogja, rambut pon merah lagi, bangle masih di tangan, jeans ketat low cut lagi, ala2 band indon pon ada,ahaha... sedar2 xsedar bila dah habes 2nd year, nak pakai gelang pon rasa segan, apa lagi nk pakai rantai, dan seangkatan dengan nya, haha... tu laa orang cakap, hidup ni kena ada peningkatan, kalau still di tahap yang lama tu, cuba sedih dengan diri sendiri yee, heee...

bila ingat osce 1st year pulak kemain la cuak bagai, bila dah kumpul untuk briefing pon dada macam nak meletup dengar dia punya contoh loceng yang akan dibunyi kan, bila dah 2nd year ni, tunggu punya tunggu dada ni nak berdetak kencang, tapi sampai ke sudah xberdebar la pulak, lol... maybe ni la orang cakap darah muda dah beransur berundur... pikir2 kan nanti kalau dah kerja la kan, rambut pendek, pakai kemeja, seluar slack, kasut kulit, uiiiii, sogan eden, ahaha... tu taknak pikir lagi jauh kalau dah ada anak bini lagi tu, lol...

imbau lagi masa bulan puasa, first time datang sini, juadah berbuka tu, ehemmm, air putih ngn rokok je, dah selang beberapa hari dah pandai beli indomee buat bukak, selang lagi beberapa hari baru la pandai jalan kaki keluar jakal cari makan... makan2 di pizza hut dengan semua(xsemua kot), tak malukan diri ke foodfezt dengan graduan2 ktt, kenal makan di jogjachicken etc... dah start beli motor makin jauh la pulak perjalanan, p/s~bumblebee dah pulang, dah kondisi sgnt la gawat, maybe akan bertukar jadi optimus prime la untuk masa kedepan ni, :'(

tula, kalau kita muhasabah diri balik, setiap benda ni kita mulakan dari bawah, dan dengan kehendak tu kita makin maju melangkah kedepan, dengan melangkah kedepan tu kita makin mengenal, makin pro gitu kan... maju nya kita sesuai dengan kehendak kita, dan jugak pengaruh sekeliling... tapi still benda yang salah tu kita bisa lonjak kebelakang skit, dan perbetulkan, sama macam kita menaip ini blog gitu, dah tulis2 tu ada salahnya, maka kita pon backspace balik, dan betolkan apa yang patot kan... dan dalam kehidupan kita yang nyata2 hari2 kita berdepan dengan pelbagai maksiat kiri dan kanan, atas dan bawah ni, susah kita nak perfectkan diri untuk terlepas dari melakukan kesilapan, kita bukan nya maksum gitu... so xsalah kalau kita undur balik skit, cuba btolkan balik apa yang xpatot, macam upload gambar di instagram, then delete balik sb kita rasa xpatotkan, atau buat instagram, pastu berundur diri gitu, hahaha... 

so point yang nak diperkatakan pada kali ini, atau malam mau pulang ini bukanlaa pasal cara2 menulis blog dengan btol, atau pon pasal instagram, atau mungkin juga jika kalian pikirkan ia hanyalah post yang berisi curhat semata, tapi lebih kepada.... hmmm, kepada.... xde pape hal yang specific pon ekceli, lol... tapi tulaah, moga kita makin laju melangkah kedepan, makin pandai memilih surrounding kita, makin pandai memilih jodoh, ehhh..haha, tak2 maksudnya makin mature laa, mature untuk mengenal siapa dunia ni, siapa penghuni nya, siapa pencipta nya, supaya kita tidak tertipu dengan khayalan yang kelihatan sangatlah realiti, tetapi sebenarnya tidak...pelik?? kenapa nak pelik apabila dunia sekarang ni sudah banyak diperlakukan sesuai dengan keinginan, atau kehendak, atau juga kepentingan sesuatu pihak, sehingga sesetengah daripada kita sudah lupa akan tujuan asal penciptaan dunia dan seisinya...

tapi sebelum melalut panjang, apa kata kita dendang kan lagu raya...eh2 silap lagi, maksudnya kita sama2 perbaiki diri kita, kan dah tua kita2 ni, dah tahu mana yang hak dan mana yang batil, tau mana yang salah, mana yang benar(dari sudut pandangan agama oke, bukan nilai kemanusiaan), dan secara indirectnya disitu, kita sebagai seorang muslim, yang terikat nya antara kita ni tali2 persaudaraan, maka poom, dah jadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar disitu yee... kerana teguran itu tanda nya sayang, ke syurga nanti kita bukan nak masuk sorang2 taw, kita nak masuk secara berjemaah, kalau tak, sedih nya nanti cari punya cari bini kita, eh3 pehal la silap taip je manjang ni, haha, ok teman sehidup semati kita ni kat syurga nanti tiba2 tade, sedih tak??heee...

so agak la pelik jugak bila malam menjelma, tambah pulak dengan  flight esok pagi, tengok2 jari2 ni rajin la pulak menyajikan anda dengan post yang agak membosankan ini kan, so ingat2 nak tido la kejap, jam dah hampir kul 3 tu, kalau sapa2 terbaca post ni, tlg kejutkan esok sahur yee, thank you, till then, assalamualaikum, take care =)

No comments:

Post a Comment