assalamualaikum,
sedar xsedar lagi berapa hari lagi kita akan melangkah kan kaki keluar dari bulan ramadhan ye, dah nak raya, *yeaaa, eh?? semua dah start balik kampung masing2, yang mana belajar kat luar sana dah start balik, esok kalau jalan dari kl ke kelantan confirm2 la jalan macam sardin, dah cuti kan... maka insyaAllah masjid2 pon akan bertambah la makmun2 yang sedia ada, lagi2 anak2 muda yang belajar jauh di perantauan, kan?? =) secara jujur dan ikhlas nya ingin saya nyatakan disini, puasa tahun ni terasa tersangatlah bermakna, sampai dah ke penghujungnya pon masih gagah dan bertenaga menghidupkan hari2 ramadhan, tapi... terasa perjalanan ramadhan pada tahun ni tersangatlah cepat, dah nak raya ahad ni... bukan nak cakap sedih, gembira tu ada laa, rayakan, semua saudara mara berkumpul, yang dulu gemok dah nampak makin kurus, yang dulu berjerawat batu bata sekarang dah licin muka dia, yang dulu nampak macam budak2 dah pandai cakap secara matang dah... tulah perubahan yang akan berlaku pada setiap orang... bab kata2 abang2 raihan,
" ingat lima perkara,
sebelum lima perkara,
sehat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati "
tang hidup sebelum mati tu terasa bagai nak lap peluh kat dahi laa sket, -__-"... bila fikir2 balik, dan berapa banyak masa yang digunakan untuk benda2 xberfaedah, benda2 yang laghaa... dan berapa kerat sangat masa yang digunakan untuk btol2 mengabdikan diri kepada Yang Maha Agung lagi Maha Besar Allah Subhanawataala... nak kata xdiajar masa kecik2 memang dah ke kelas fardhu ain cukup, ustazah lagi mari mengajar kat rumah, dan pelbagai lagi usaha2 orang tua buatkan untuk didik anak dia jadi muslim yang sejati... hasil nya?? nilah, bila baru bersedia untuk terima hidayah Allah, baru nak mula berubah, umur pon dah nak sampai separuh hidup, ke kurang lagi??huuuu~ agak2 nanti malaikat izrail datang masa tengah tidor ke, tengah syisya ke, tengah akad nikah ke, erkkk... masuk kubur sorang2, pastu datang pulak malaikat munkar nakir datang, agak2 survive x sesi soal jawab dengan beliau2 ini nanti eh, iskk, sayuuu....
tunggu punya tunggu, nanti sesi di padang mashar pulak agak2 apa cerita kat sana eh... agak2 jumpa tak geng main snuker dulu, angkat high five dulu, bro fist dulu ke, phewww... bekalan apa yang tersisa nanti ni..hmmm
mungkin post ni agak laa emo, atau macam syok sendiri sket, tapi moga2 dapat membuka minda pembaca2 sekalian, atau lebih kepada mengingatkan diri sendiri akan kematian yang insyaAllah tak berapa lama lagi... dengan ilmu yang sangat lah kurang dan iman yang tak berapa hebat seperti antum2 semua, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersalah typo, atau kesalahan fakta yang ada... dengan itu saya mengundur diri ye... SELAMAT HARI RAYA!!! =)
p/s~ terstalk kawan, dan negative thought berlegar diminda... terasa malu dengan diri sendiri sebab terlalu mengharapkan... may Allah ease 'your' way, and pray for me He would ease mine too, aameen =)
No comments:
Post a Comment