Wednesday, October 31, 2012

HATI YANG KEJAM

salam,

"comelnya kucing kerana bulunya"

"bernilainya gajah kerana gadingnya"

"pupusnya badak jugak kerana tanduknya"

inilah nilai2 yang ada pada setiap makhluk yang diciptakan Allah swt... bagaimana pula nilai kita sebagai manusia?

sejauh mana getaran, penusukan, bergoyang nya hati2 kita dengan kalimat suci ALLAH, sudah yakin ianya terisi penuh dengan iman? dengan taqwa? dengan kalimat Allah? ataupon masih lagi terisi dengan harta? kereta? gadget2 terbaru? superbike? makhluk? emmm.... jom kita singgah kejap di warkop, jom...

Wayne Rooney baru je membeli sebijik iphone5 yang di order dari us... posmen dari salah sebuah syarikat ternama menghantar bungkusan iphone tersebut dirumah beliau... dia membuka kotak bungkusan buat kali pertamanya... terisi dengan sebuah iphone5 berwarna putih, 64GB, dilengkapi dengan accesories2 seperti sebuah charger lightning connector, manual book, dan etc lah, zzz...

"hik3 sukenye... udah lama mengidam ini ipong... habes gaji sebulan demi mu... *tangkap2 gambar, upload di instagram"

tengah jejalan sambil mempergayakan telepon baru beliau, tiba2.... poOOm!!! JATUH!...

camane agak2 perasaan pertama jatuhnya benda tu?? padahal still 'under warranty' kot... pilu? sedih? sayu? eh? *jgn amalkan bila tua baru nak tobat k

camane la agak2 ye bila pertama kali sedar iman kita merudum ke bawah? sama dengan perasaan Wayne Rooney di atas? Alhamdulillah =)

seorang yang betol hati nya terisi dengan keimanan, ketaqwaan kepada Allah swt adalah seorang yang mempunyai nilai2 seorang manusia yang sejati, bernilai sangat2, priceless, emm... bila2 diucapkan kalimat Allah, hati nya merasakan getaran, rebah takut akan Allah... apabila dia membacakan, atau memperdengarkan ayat2 Allah yang diucapkan, atau melihat ayat2 Allah yang diciptakan, semakin bertambah keimanan, semakin rindu dia kepada Sang Penciptanya, Subhanallah...

berapa ramai daripada kita (8 orang je pon senanye followers, hoho), yang... emmm, yang orang cakap tu, homesick, ke rindu family, ke rindu mak, ke rindu kucing, ke rindu motor, ke rindu ehemm, ke alamak bagai lagi lah,.. masyaAllah saya sendiri pon terkadang tu x sodar, terindu sesuatu, sampai terbayang2 setiap malam, bak kata orang dulu2, mandi xbasah, makan xkenyang, ye ke? patot la gemok,haha... tulah, sejauh dan 'setaro' tu rindunya kan?? nak cakap ter rindu tu mcm tak jugak kan, xkan bergoyang pepohon kalo tade orang panjat, ye idok?? tulah mungkin dalam xsedar, benda2 lain mengisi hati kita, kalau lama2 dibiarkan, emmm, penuh dengan yang xpenting2 ni, al maklumlah, taw2 jela apa akan jadi kan...

sayang seribu kali sayang, rindu kita tu terkadang tersalah tempat, terover, dan xkena dengan apa kita sepatotnya rindukan,... kalau lah sekeluh kesah tu kita boley rindukan sesuatu, seseorang...emmm agak2 kalau compare dengan rindu kita kepada ya Allah? kepada ya Rasulullah? isk3, pernah ke? *tolong sedih dengan diri sendiri ok, saya pon...

senanye, nak bagi tips ke, saya pon bukan orang yang berkelayakan jugak, plus semua tutorial tu ekceli xdelah susah sangat, almost semua daripada kita tahu, tak pon boley je google di phone, tab, maupon laptop masing, memandangkan dunia serba canggih sekarang kan... cuma yang sedikit memberatkan tidak lain tidak bukan adalah pelaksanaan nya... mungkin kena sedikit nasihat menasihati setiap masa, motivasi kawan2, tegoran2 yang bermanfaat, lingkungan, dan yang paling penting apedia?? kerjasama!hahaha... takde lah, tekad for a change, i mean, for a better change in sense of having a life full with baraqah in this world and hereafter life for sure...insyaAllah...

senanye nak dipanjangkan cerita, saya jugak sedang rindu kampong halaman nih, setelah sedikit sebanyak membaca kisah Uwais Al-Qarni yang sangat taat kepada ibu beliau... kenal tak? seorang yang berpenyakit sopak, atau ustaz cakap penyakit belang, ye idok? tidak nampak keistimewaan beliau daripada yang lain, kerana beliau memang lebih selesa tidak dikenali. suatu hari, ibu beliau menyatakan hasrat untuk menunaikan haji di Mekah (mereka tinggal di Yaman)... oleh kerana dilahirkan dalam keluarga yang miskin, beliau berusaha keras untuk membawa ibunya ke Mekah untuk menunaikan haji... sebab pada waktu tersebut, orang yang ke Mekah untuk menunaikan haji biasanya memiliki unta2, dan dibuatkan rumah di atasnya untuk istirehat, dan sebagainya lah... tetapi beliau tidak mampu, untuk menyewa juga xmampu...

ok, so sekarang cerita bermula, jeng3... jangan terkejut, yang dah tawu pon jangan terkejut jugak ye,hohoho... nah kerja2 punya kerja, akhirnya dapat laa dia beli sekor anak lembu, yang baru saja dilahirkan... dia buatkan rumah atas bukit, and hari2 dia akan pikul lembu tu naik atas bukit, turun bukit, dan kadang2 tu bawak lembu tu jalan2 sambil pikul lah of course,hew3.... bayang jelah, lembu masa2 kecik ni maybe bley la nk pikul, kalo dah sampai 270kilo, mcm lembu kena semelih korban kemarin acane??larat ke??...genius nye beliau ni, dah hari2 pikul lembu tu sampai ke besar, maka berotot2 lah beliau... akhirnya berjaya lah dia membawa ibu beliau menunaikan haji, just dengan memikul ibunya dari Yaman ke Mekah, dan melakukan semua2 tu dengan jayanya... sampai ke tahap tu ye sayang nye beliau kepada mama nya... kalo saya sampai ke umor 22 tahun ni baru je sempat tolong2 angkat almari, angkat pasu, sampah2, isk3... istimewa nya beliau, adalah Allah swt menganugerahkan beliau dengan termakbulnya doa...sehinggakan Rasulullah memberitahu Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali untuk mencari beliau, supaya beliau berdoa kepada Allah untuk menghapuskan dosa2 mereka...

mungkin dah jenuh mata membaca kan? so lets stop for a while, moga dapat bertemu lagi dilain hari, diwaktu yang sama, dalam rancangan...ntah, zzzz

k assalmualaikum

p/s~ sekadar sedikit perkongsian yang saya dapatkan, insyaAllah bermanfaat, ameen...

1 comment: