just in case anda2 semua mau menikmati video yang disajikan saya pada kali ini, tetapi agak kurang mengerti apa yang dihujahkan, ni saya short listkan beberapa point yang saya dapat tangkap so far, hopefully membantu, hew3...
4 PERKARA SEDANG MENUNGGU KITA
1.malaikat izrail tunggu nak ambik nyawa
-ikut ketentuan Allah...
2.anak beranak tunggu nak ambik harta
-harta kita cari dari zaman muda sampai la ni, siang malam last2 dapat kat orang lain... katanya lepas pencen baru nak berjinak2 ngan agama, masa muda sehat, tapi sibok dengan kerja, what if lepas pencen Allah tarik nikmat, xley nak dengar ka, masa tengah sehat ni la nk sibok2 dengan agama...
3.mungkar nangkir tunggu nak soal
-suara macam petir... lawan para ulama' adalah ibarat lawan agama Allah... nanti kita nak bertemu Allah swt, jangan duk lawan Allah, sb tu sekarang kita kena berbaik2 sebab nanti kita semua akan bertemu dengan Allah
4.orang yang dizalimi tunggu nak ambik amalan kita
-orang pertama yang dicari pada hari kiamat adalah pemerintah...yang adil selamat, yang tak adil duk dalam api neraka...
tak kenal maka xcinta, sama dalam erti kata mengenal Allah swt, kalau tidak kita menggunakan masa muda, masa sehat kita ini untuk mengenal Allah swt camane kita nak melahirkan rasa cinta, rasa takut terhadap Allah swt... takut kepada makhluk berbeza dengan takut kepada Allah swt, dimana takut kita kepada makhluk menjauhkan diri kita kepada mereka, sedangkan takut kita kepada Allah swt mendekatkan diri kita kepadaNya malahan menambahkan lagi rasa cinta kita kepadaNya...
al maklumlah saya jugak sebenarnya in state of blurr lagi right now since the block exam baru aje melabuhkan tirainya pagi tadi...dan al kesah semalamnya mata ni mengade2 taknak lelap sampailah ke subuh, sempat jugak melelapkan mata masa menjawab exam sebentar tadi yee, ehemm... dan bila exam dah habes tu memang lah berkobar2 lah semangat nye nak balik tidor...lepas solat zohor tetiba ada lah hamba Allah dah take over my bed, nak kejut macam xsanggup kan, so get a guitar and learn a new song. alang2 dah lama xberkasih sayang sama gitar kan, maka termain lah satu lagu separuh aku by noah, hohoho... dan jari jemari ini memang setelah slide menyelide di antara fret ke fret yang lain tu terasa sedikit-banyak kepedihan, tapi aww awww enaknya,kih3...
sedar xsedar dari zohor dah ke asar, so pasang niat lagi sekali nak tidor lepas solat asar kan... tapi apakan daya, kemeriahan menyambut habes exam masih lagi membuak2 hingga tidak sedar lingkaran hitam di mata2 ayu ku telah semakin menggelap... namun masih segar bermain riang di kamar teman2 yang lain sampailah azan maghrib berkumandang dengan syahdunya... memang sedar xsedar sudah lena sekali tertidor sekejap...
tiba2 datang satu suara... "weh bangun, ada orang nak belanja pizza".. oke timing yang elok sangat, perot berkeroncong lapar, mata memang xleh nak bukak -___-, tp still gagah kan diri untuk bangun demi sesuap pizza free!!!haha... bermulalah acara lepas isya' ke suatu gerai pizza yang menyajikan juadah2 pizza yang agak enak dan lazatnye nyum3... makan2 sambil bertanya2 kabar teman2 serumah, isu2 semasa, dan berbagai lagi... perbualan yang rancak terpaksa dihentikan memandangkan ada agenda seterusnya yang perlu diselesaikan..hohoho
berbalik kepada perkara nun di atas sana, memang saya akui, ceteknya ilmu agama saya berbanding teman2 yang lain, tidak kira bukan followers, apatah lagi followers saya yang baik lagi budiman, cute montel dan sebagainya lagi... tapi dalam erti kata mencari ilmu agama, maupon ilmu apa pun tidak ada batasnya kepada sebahagian2 yang tertentu sahaja, malahan ianya wajib kepada setiap makhluk... apatah lagi dalam mencari ilmu mengenal Pencipta kita Allah swt... semakin kenal kita kepada Allah swt semakin dalam atau bermakna nya kepercayaan atau faith kita kepadaNya... ini merupakan one tailed hypothesis yang tidak mungkin dapat direject dalam mana2 research sekalipon(demam exam belum fully recover kan)heee...mungkin terkadang tu hati kita terpesong sedikit sebanyak, dalam erti kata sedikit tidak tenteram, maka banyakkanlah istighfar... masih saya ingat satu peristiwa yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah(lupa ayat berapa T.T tapi 250 keatas lah seingat saya) tentang peristiwa Nabi Ibrahim meminta Allah swt menunjukkan bagaimana Allah menghidupkan sesuatu yang mati... Allah swt berfirman, "adakah engkau belum percaya kepada kekuasaanku?"... Nabi Ibrahim menjawab beliau percaya dan yakin, tetapi supaya untuk menenteramkan hatinya... lalu diarahkan untuk Nabi Ibrahim untuk mendapatkan 4 ekor burung, lalu dicincang, dan diletakkan diatas empat bukit, lalu dipanggil dan burung itu hidup kembali dan datang kepada Nabi Ibrahim..(oke surah Al-Baqarah ayat 260, sorry)... pokoknya... sebagai seorang nabi pon tidak terlepas daripada terhindar daripada tidak tenteramnya hati, apatah lagi kita makhluk2 yang takde pangkat pon kan, emmm... tapi yang penting kita tahu bahawa kita yakin dan percaya kepada Allah swt..maka tidak lain tidak bukan luaskan ilmu kita, perbanyakkan dan freekan masa2 kita yang xlama ni untuk mendekati ilmu2 Allah yang SubhanAllah amat luas nih...semoga hati2 kita yakin dan "rapat jip sapa ko mati" padu percaya dan yakin tidak ada yang lain selain Allah swt...
dan sedikit perkongsian terjemahan surah An-Naba,
sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan :21
untuk orang-orang yang melampaui batas hukumm Tuhan, sebagai tempat kembalinya. :22
mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. :23
mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman :24
kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, :25
sebagai balasan yang sesuai(dengan amal mereka yang buruk). :26
kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, :27
dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; :28
dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. :29
(setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu(azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu". :30
sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. :31
(mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; :32
dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; :33
serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; :34
mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta; :35
sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup(menurut yang dijanjikanNya), :36
sayu hati nurani, berbaur sedih, takut, dan gumbira gitu kan, ohoiiii
selesai dengan post edisi kurang perkongsian dari saya... semoga bermanfaat hendaknya
p/s~have a safe journey
~salah silap mintak ditegor
~anda berjaya menimbulkan persoalan dengan gaya penulisan anda, tahniah ahhaa ^^
Subhanallah.. akhi.. Jom jgn mengalah.. yoshhh..
ReplyDeleteP/s : like this post