Monday, December 23, 2013
DAN MUNGKIN BILA NANTI
:)
ape khabar anda? Alhamdulillah semoga senantiasa sehat dibawah rahmat Allah swt semua nya ya, hehe
jauh mungkin kita semua melangkah, jauh sekali, daripada ndak punya apa2, hingga lah kesaat ini, di bumi jogja, baru merasa lelah nya itu semua berguna... apa yang berlaku sekarang bukan cuma kita rasakan, malahan, setiap detik perih senang kita lalui, pernah jua dilalui oleh orang2 terdahulu sebelum kita... malah, perjuangan kita di bandingkan dengan beliau2 yg hebat terdahulu itu mungkin jauh mata memandang lagi... xpe, usaha dan usaha...
di suatu peperangan ahzab ketika dahulu, dimana ketika itu umat Islam mungkin merasa sudah tidak berdaya, dengan puluhan ribu tentara yg mungkin melebihi semua penduduk madinah ketika itu... suatu perancangan, pakatan yang hebat untuk menyerang dan mengepung kota madinah mungkin telah menimbulkan pelbagai ketakutan dan kelemahan semangat kepada tentera Islam juga... walaupon demikian, strategi tetap jua digali sehingga timbul lah suatu idea untuk menggali parit... suatu peperangan yang mungkin tidak banyak melibatkan fizikal, tapi lebih kepada peperangan psikologi... bayangkan untuk menggali parit itu sahaja setiap daripada penduduk harus menggali sekira 3 meter dalam, dan panjang 40 hasta juga sudah cukup mengalirkan peluh kita yang hanya duduk di kerusi membaca dan mendengarkan... ditambah pula dengan ancaman musuh yang sangat hebat ketika itu... ketika itu juga lah, ramai yang mula mengutarakan kata2 yang kurang enak, mencemuh, dan mula menunjukkan belang. di saat orang sudah di takut stress, Rasulullah, qudwatun hasanah, penyejuk hati para sahabat, datang memberikan visi yang menyenangkan dan memotivasikan...
ibroh nya bnyk sekali kita boleh ambil, dan salah satu nya adalah usaha itu tadi... sebagai seorang yang mengaku muslim, inilah dia contoh terbaik daripada para sahabat yang perlu kita ikuti... bila sudah jelas matlamat yang ingin kita capai, maka berlarilah, jangan pernah berhenti... sepenat mana pon kita, merangkak lah, jangan pernah berhenti... di akhirnya, insyaAllah tujuan kita pasti dan pasti tercapai... walaupon sudah seperti tidak ada harapan, ya, pokoknya jangan putus harapan... ujian itu pasti ada, sabar itu yang menjayakannya...
masih ingat lagi kita kepada konsep isti'ab? atau penguasaan yang harus ada kepada seorang dai'e? nah meh kita sama2 cek kembali, semoga ada manfaat nya... isti'ab kharaji (penguasaan luaran)
pertama adik-adik, adalah tentang kefahaman agama itu sendiri... memang tidak boleh disangkal lagi lah tang ni eh... kefahaman tentang agama inilah yang membawa kepada sanggup nya Sumayyah dibunuh... dan kefahaman ini lah yang lack dari diri muslim2 sekarang... berjuta million ilmu yang mungkin kita ada, tapi slack kat sini, bley melencong bang... ye bukan tu nak ditekankan, cuma nak cakap penting nya kefahaman tu tadi kepada diri sdr je... dan penting nya disini untuk orang lain, dimana kefahaman agama itu sendiri menarik orang2 disekitar kepada kita... fitrah manusia menginginkan kepada agama, dan apabila mereka mencari, dan dah bermindset kita sebagai orang yang boleh menolong, maka berlaku lah kontak kt situ... dan seterusnya seterusnya... k tak g panjang
kedua, qudwatun hasanah itu tadi, atau teladan contoh yang baik... masak seorang dai'e korek idung dalam kelas tanpa peduli kan teman2 sekitar, hehe... ye pon boley.. 'segolongan orang-orang yang masuk syurga pergi kepada penghuni neraka. penghuni neraka lalu bertanya, " bagaimana kalian bisa masuk syurga?" penghuni syurga lalu menjawab, "demi Allah, tidaklah kami masuk syurga melainkan dengan apa yang kami pelajari dari kalian." maka penghuni neraka berkata, "sesungguhnya kami mengatakan tetapi kami tidak berbuat." ' Jelas sudah kan? kata2 sahaja tidak cukup untuk menegakkan apa yang diperkatakan, sehinggakan kalau boleh, buat dulu baru cakap... bukan tu je lah, dalam milih teman pon, yang jenis xtau malu, kasar, sangat berkira, suka mengungkit, dengan teman yang baik, hensem, senyuman manis, mane kita lagi selesa bersama? tangan didada tanya selera...
ketiga, bersabar... sabar itu satu fondasi yang penting, banyak kebaikan bisa diperoleh melalui sabar... lebih2 lagi bila berdepan dengan anak2 comey yang pelbagai ragam... time2 tengah comel memang la kan, siang malam terfikir, tapi berkat sabar, insyaAllah bila mereka sudah melangkah dewasa mengenal Islam, lega tu macam baru lepas delivery je... sok2 tau ja kamu, hihi
keempat, juga penting, santun dan lemah lembut... awww, jangan pakat jadi sutun lepas baca ni eh, or jangan terlonglai pulak... indahnya lemah lembut dalam menutur kata, cantiknya kata2 mintak tolong bila disertakan dengan perkataan tolong, berbunga nya rasa bila dapat pelukan hangat teman bila memerlukan, pelukan isteri/suami apatah lagi kan? wink2... nah, berbagi salam, menegur dengan beradab, bukan sahaja kepada stranger atau anak2 je ye, dengan pakcik2 atau makcik berkedut ni pon kena jugak eh... terkedu kadang2 tengok senyum ketelinga bila dengan mad'u or anak, tapi dengan rekan seperjuangan, macam singa sembelit, isk3... insyaAllah cerita ni berlaku kat afrika sana, tade kaitan ngn kat sini.. :)
kelima memudahkan dan tidak mempersulit... yupsy, Islam itu mudah, jangan mempersulit... jangan terlalu jumud sehinggakan orang lari, orang meletakkan satu mindset yang serong kepada Islam dan tentera2 nya... ya Islam itu ada pendirian nya sendiri, tapi cara melaksanakan atau cara menolaknya adalah berseni sekali, sehingga orang tidak memandang serong, bahkan makin respek dengan pendirian tersebot. itu yang Islam bersama nabi dan sahabat dahulu lalui... mereka ditunggu2 untuk datang, mereka sering diperhatikan dan ditiru... so kita pada hari ini jangan mudah sangat menggunakan nama Islam untuk menghindar sesuatu hal, sehinggakan orang melihat Islam itu melarang semua benda, tetapi jadikan diri kita itu Islam sehingga orang di luar mencari Islam dalam diri kita.
dan keenam tawadhu' dan merendah diri...
dan terakhirnya, senyumlah, dan ucapkanlah perkataan yang baik... senyum disini beerti bawa satu penampilan yang menyenangkan, menyenangkan semua orang... bukan nak sruh menggatai, tp senyumlah... dan banyakkan ucapkan perkataan yang baik... jgn hanya dipenuhi perli2an, sarcastikan, dan pelbagai lagi... lawak bagi kita, menyakitkan bagi yang lain... ya udah kenapa tak dihurai bab keenam? yup dah terang dan jelas...
mungkin satu part dah cukup, untuk penguasaan dalaman, mungkin bley semak kitab masing2... yang ni pon mungkin anda tak terbaca, dan yang luangkan masa, moga2 bermanfaat, maaf kalau tak eh, bley close tab cepat2 lain kali kalau tengok panjang gini..hihihi
dan... bergeraklah, cepat atau perlahan, asalkan tujuan kita sudah jelas, jangan putus asa... dan jangan sesekali berhenti, berat nak melangkah nanti... insyaAllah sampai la tu nanti, :)
Thursday, December 19, 2013
BINGUNG TANPA KATA
ya Allah permudahkanlah segala urusan...
Tuesday, December 10, 2013
NAK SUNGAI KE NAK... HMMM
perot kenyang senang hati... gila
anda semua pasti tersenak perot kejap tiba2 mendapat update ini, terutama daripada blog the long lost soul pulak kan... ingat kan dah dah kemana tuan empunya blog, mesti tercari2 jugak wajah saya di gambar2 mujahideen palestin, apa di syria kot2 dah kesana... nah rupa2nya ada lagi... lepas jugak rindu akhirnya... ahaks. gila
sbulan dua ni mmg agak busy sbenanya, bersambung2 tak berhenti, dengan gerak kerja sket, dengan sakit lagi, dan jugak tidak dilupakan kerja kuliah yang semakin terhimpit rasanya... memang waktu mencemburui kita, memang... sesungguhnya demi masa, manusia dalam kerugian...
walaupon dalam kesibukan yang tidak seberapa dibandingkan dengan anda2 sekalian, saya masih lagi mengorak langkah menyebar cahaya, mengutip sedikit demi sedikit Islam yang tercicir, semoga apa yang saya lalui sekarang ini cukup meningkat derajat saya di mata Allah...
dan, dalam kesibukan ini juga sebenarnya banyak mengajar saya, mungkin Allah turunkan kesibukan ni kerana ia adalah cara yang terbaik untuk mendidik saya, katanya seseorang, untuk menjentik hati yang mungkin tengah lagha ke, xingat...
ya Allah, warhamni... dan Allah hadiahkan kita dengan teman2 di sekeliling yang sangat membantu kita membina suasana yang Islam, Alhamdulillah... juga yang sering usap2 hingus kat hidung masa sakit, yang masak2 kasik perot makin bulat, yang nasihat xhenti2, yang pasang telinga dengar masalah kita, yang selalu doakan kita syahid. love... sayang nya Allah tidak terhingga...
satu hal yang mungkin kita sedikit terlepas pandang, lebih2 lagi di kala sibuk menghantui diri, adalah apabila memilih photoshoot berbanding usrah di hujung minggu... :D
*tensyen
tak, memang maksud dia lebih kurang tu laa, haha... cuma mungkin dalam hal lain, xkan sb photoshoot je kot... entah kenapa tiba2 apabila mendengar tentang ini hati ini seakan2 tak pernah tau sebelumnya... prinsip jelas mudah dalam Islam, dimana jika kita membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kita... apabila kita sibukkan diri dalam urusan agama Allah, sehingga masa untuk bersenang2 untuk diri sendiri pon takde, maka dipikirkan pon, layaklah pertolongan Allah tu sampai... xkan nak goyang2 cesar je manjang *wink2...
apabila tentera talut melalui sebatang sungai, ada yang memilih untuk terus tinggal di situ, dek kerana enaknya air yang mereka ketemu. bayangkan sudah jauh berbatu melangkah, akhirnya ketemu sungai, ada yang nk minum, ada yang nak berendam, ada yang nak basuh baju, macam2, ishh... tapi ada sekelompok jugak yang memilih untuk meninggalkan kesenangan tersebut, untuk membantu memenangkan agama Allah... kesudahan yang baik ternyata di pihak mereka...
kita sekarang, mungkin tidak di uji dengan sebatang sungai lagi... setiap anda hanya perlu pencet butang call pakcik aqua, nah delivery pulak tu yang datang... bukan jugak nak suruh xminum aqua yang dibeli tu... dan pokoknya disini bukannya nak promote brand aqua, apetah lagi nak cakap pasal boikot aqua... tapi masa2 kita yang tersisa setelah penat di medan kuliah, mungkin ada yang memilih untuk menyantai di katil, ada yang mungkin ingin menggunakan masa yang singkat tersebut jugak untuk bersenang2... tapi ingatlah, anda jugak boleh memilih untuk mengorbankan sungai tadi, untuk membantu agama Allah... dan insyaAllah, kesudahan yang baik tadi boleh jadi anda juga akan perolehi...
ninggal milih aja bapak bapak ibu ibu... mau sunge apa mau syorga? *overrrR
REFERENCE
1. al-Quran nulkarim
Wednesday, November 27, 2013
Tuesday, October 1, 2013
PANGKAT MUNG
tengah separuh sedar, tiba-tiba,
Wednesday, September 25, 2013
MENGIMBAU KENANGAN
Wednesday, September 11, 2013
Friday, August 23, 2013
Saturday, July 20, 2013
Saturday, June 29, 2013
SAYONARA JAHILIYYAH finale
:)
ape kabar semua nya? sudah makin membaikkah anda? doakan saya jugak...
Alhamdulillah,
setiap dari kita, terutama aku sendiri memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, dan dari kesilapan itu membawa kepada meminta keampunan, dan dari situ pula, adanya ke-istiqomahan menuju ke syurga... ameen
aku yakin, berapa ramai sangatlah dari kita yang merasa tenang apabila melakukan dosa? apetah lagi bila dosa yang dilakukan tu adalah dosa yang berulang2... mungkin patot aku ganti perkataan dosa tu kepada 'amalan jahiliyyah'? sama sajaa
mengapa jahiliyyah? kerana itu adalah amalan yang dilakukan sewaktu belum mendapat kesedaran, atau lebih tepatnya amalan diwaktu ego/nafsu masih mengatasi iman :P ... atau boley jugak cakap seperti menampar2 diri sendiri ketika mendakwah orang lain, boley ke? :D..
cieeee,
dahtu kok sekarang masih sama aja dong?
:D
ni yang nak tersenyum lebar je rasanya... dan jujur memang aku rasa sangat gumbira toing2 sekarang seperti nak gitaw ke seluruh semesta alam je... bayangkan lah, dah berbagai usaha aku cuba, dah berbagai nasehat aku dapat, dah berbagai cokelat aku dapat :P, tak jugak berjaya melawan nafsu merokok... dan Alhamdulillah, di suatu petang yang hening, satu perkataan berjaya menembus dinding tebal nih... iaitu ucapan 'QS'...
bunyi simple, tapi sape tahu dengan perkataan ni je Allah kuatkan hati aku, Alhamdulillah... aku takdelah dah berzaman brenti, tapi insyaAllah once dah kuat macam ni (nicotine level dah kosong mungkin), memang tak la nak berbalik balik kan, memang over laa kalau gitu kan -.-"
dan tujuan aku post ni bukan sekedar nak membanggakan diri :P.. tapi jugak sebagai pengajaran, kepada yang diluar sana supaya jangan sesekali berputus asa dalam membawa orang kearah kebaikan, kerana yang memberi hidayah tu bukanlah kita, tapi Allah swt, mungkin pencerahan yang panjang lebar tak melekat di hati, tapi dengan mesej ajak makan di 'burjo' berjaya lembutkan hati si dia, sape taw ;D... dan jugak sebagai kabar gumbira lah kepada anda2 yang xjemu2 berbuih mulut menasehat dan mendoakan saya disuatu ketika dahulu...
dan perjuangan masih belum selesai, masih banyak karat2 jahiliyyah yang 'bertempet' erat di hati nih.. dan dengan harapan, doa2 anda semua jangan sesekali putus, juga usaha keras mendakwah diri sendiri dan orang lain masih perlu sangat dilakukan...
sekian dari bernama
p/s~ anda mungkin tidak merasakan perihnya perjuangan saya, sebagaimana saya merasakan senangnya meninggalkan jahiliyyah anda, tapi saya yakin, setiap orang ada hijrah dia sendiri yang perlu dilakukan, moga2 Allah memberkati usaha perih anda dan saya :)
~yang pastinya, perjuangan ni masih berkurun jauhnya dibandingkan dengan perjuangan sahabat-sahabat terdahulu :)
Monday, June 17, 2013
Saturday, June 15, 2013
MAN OF STEEL
ngehehe, hati agak gumbira 2 3 menjak ni, Alhamdulillah... semua sudah macam agak keringanan... Alhamdulillah... so jangan duk risau2 lagi ye teman2 (ngahaha perasaan btol lah anda)... memang tanggungjawab tu makin bertambah2, memang stressor2 lain jugak seperti biasa datang menjenguk, tapi... camtulah, santai jeee... mungkin kerana senyuman anda begitu berharga gitu, kih3
ayat di atas mungkin ga nyambung ye, tapi pokok nya sangat2 bersyukur lah, banyak jugak berita2 baik singgah menyerikan hidup ni, xkira lah yang melibatkan anda atau tidak, saya ucapkan terima kasih, :)
ada satu benda yang sebenarnya berjaya memotivasikan diri yang makin lelah ni... iaitu tentang pilihan yang kita cakap kemarin. pelik kan bila kita memilih sesuatu jalan yang kita xsanggup untuk hidup dengannya... dah kalau sampai gitu jadinya, maka macam mana nak bahagia... maka ketemulah akan saya satu solusi, dimana saya perlu muhasabah diri, anda jugak harus... muhasabah diri tentang keikhlasan kita...
ye, saya tau anda memang ikhlas lah, saya pon ikhlas, bukannya xikhlas, isk3... just in case di tengah jalan tu, keikhlasan tu tergugat dek sesuatu, ye sesuatu... bila dah keikhlasan tu berpindah kepada sesuatu yang selain Allah (nauzubillah minzalik), maka tu yang mungkin sedikit sebanyak mempengaruh kestressan anda, eh saya... ye semuanya.
maka, muhasabah tu untuk membetolkan balik nawaitu kita, meluruskan balik jalan yang kita tempuhi sekarang, supaya tidak kita melencong sampai ke kelantan (eh boleh ke?)
sampai ke kelantan pon boley, boley jugak pekena nasik kerabu siam mari, kih3...
dan kelurusan jalan nya tadi biar lah btol2 menuju kepada Pencipta kita, ya Allah swt. once kita dah memilih menuju kesana, kerana kerinduan, kecintaan, kehambaan, maka memang tidak patot untuk saya lemah kepada perkara2 lain nya, lagi2 yang bersifat duniawi...
memang bila dah bergelar seorang insan, atau manusia, kita tidak lari daripada bersifat pelupa dan kurang bermotivasi, tapi ia nya memang salah kalau kita mengambilnya secara bulat2 dan menyalahkan takdir. dan kerana itu adanya ukhwah fillah, adanya pintu taubat, supaya kita dapat saling memperingati kerana Allah swt, dan senantiasa melangkah kebelakang apabila xsengaja tersesat...
namun, saya akui, tak semua keputusan yang kita ambil ni senang, dan sangatlah berbeza kesusahannya, xsama setiap individu... ya berat, dan mungkin terkadang xsengaja, sebab terlalu excited ke, teman2 mempengaruh sangat ke, hingga sampai kesuatu tahap, terasa susah untuk berbalik lagi... mungkin
tapi, ingatlah balik, syurga dan neraka tu berkekalan, dunia tu tersangatlah singkat, sehinggakan manusia apabila merasakan kenikmatan di syurga, mereka melupakan kepayahan di dunia, dan begitulah sebaliknya... nak taknak, Allah swt anugerahkan kita pilihan itu, dan rugilah kalau KITA berpaling daripada hidayah Nya.
p/s~ saya ngerti susah mau buat pilihan tu, susah mau ngambil kekuatan untuk merubah, faktor sekeliling senantiasa menjadi faktor yang agak kuat... saya pon sama jaa, tapi saya yakin anda lebih kuat dari saya, buatlah perubahan tu untuk anda, dan saya jugak, anda kan man of steel, saya suparman cap ayam je, kui3... :)
satu lagi, doakan kejatuhan mereka, xleh g molek tengok video nih, panas sejuk je rasa
Thursday, May 30, 2013
FAJAR YANG TAK KUNJUNG TIBA
Assalamualaikum,
Tade mood... semua benda macam xmenjadi sekarang, dah xmenjadi dah makin memburuk pulak... otak dah pening pikir, badan dah xupaya rasanya...
Kalau ikutkan definisi stress katanya perbandingan antara demand sekeliling dengan keupayaan diri seseorang.
Samada aku berharap menggunung sangat atau memang aku yg tak kuat. Ya Allah.
Semua benda macam menjauhkan diri sekarang, aku yang macam terhegeh2 mengejar plk. Kalau dulu senang, kalau dah orang xsuka, aku pon biasanya xamik kesah... sekarang bila ada keterlibatan agama, senang atau susah ak xrasa aku boley sesenang tinggalkan.
Tuptup terbaca satu ayat tadi, lupa surah mana ayat berapa, tapi kurang lebih bunyinya tinggalkan lah mereka setelah kamu memberi peringatan dan mereka masih berpaling..hmmm
Berat rasa memikul, kiri kanan semua beban..
Esok lagi ke bali.. ntah takde mood jugak nak ikutkan... moga2 dapatlah tenangkan diri dengan ketemu sahabat2 lama disana, atau tertambah bingungnya nanti? Ntah laa...
Dari satu sisi terfikir jugak, daripada meluahkan dan terpaksa ngambil bebannya, baik xperlu, xperlu lah melibatkan soal hati, kan dah susah tu, sakit sakit...
Ya dah mengaku diri seorang muslim, dengan lafaz shahadah, berat atau ringan memang perlu lakukan, aku terima.
Dengan harapan, semua beban ni ibarat malam, yang makin gelap aku rasakan, dengan satu keyakinan, fajar makin menjelma... jelmalah dengan cepat! Tak tahan T.T mekasih bro salim a.fillah
Doakan aku, doakan kami, doakan kita...tolong
Thursday, May 23, 2013
AWOK AWOK KITE BLAKE
Sunday, May 19, 2013
HYE BLOCK 3.5
Thursday, May 16, 2013
WHEN THERE IS A WILL
Assalamualaikum,
things happened, with or without our intention, there's still lots of surprises that may happen, or may not? we just dunno what future holds for us, hmmm... thinking.
eg :
i was thinking people were quitting blogging, the site was so not updated with new post, but surprisingly, when i posted a short post last night, there were bunch of updating posts from other bloggers as well, wow, tanjat boboi, haha
lots of thinking going on in my head lately, and few of it really annoyed me, like really annoying, trust me. as a well educated, handsome, good-looking face, man, with a few bucks of rupiah in my pocket, well, i would not run on the street, shouting all my problems to anyone, randomly, that would be so embarrassing, heheh... (suka je up diri sendiri ye bang)... :P
im the type who like to discuss matters with people, but not the private stuffs thingy, plus if it is regarding to the matter that will affect people around. in this case, most of the time, i will let them take their time to realise on their own, and let myself to be more patient. sabor... at certain times, i just reached the limit, and i just need someone to talk.
so, i will not talk to someone who will be affected, and who have the tendency of accidentally telling this to the third person and so forth, remember? then i started to scan, scan for someone who already gained my trust. beep beeppp zzzzzzzz tett teetttt... detected.
and there he is. is always that man.
its true, sometimes, u just don't need for solutions, u already have one, u already have Allah to guide u all the way, He has already showed u the way. settle, i feel so much comfortable afterwards, i gain my confidence back, and i will try to do my best for my part. and if things go differently, You may have prepared a better ending for me, yes i am 100% confident.
and as a human, i do apologize for things that i did, or did not, and anyhow affected any of u guys. in the meanwhile, just stay strong, stay focus, and things will be better, trust me. semangat! cemungut! su su! winkwink! heheehhe....
p/s~ lucky me, baby is so fluffy, always comfort me whenever i put my face in his comfy fluffy hair/fur? ^^ (meletakkan dan mentenyeh2 kan muka pada perotnya yang berbulu lebat) boley bayang? -.-"
~friendly? heh, i dont think so, dush
Tuesday, May 14, 2013
Wednesday, April 24, 2013
TAZKIRAH PETANG
Assalamualaikum wbt,
Hidup, banyak mempraktik kan tingkah laku kita untuk yang kedepannya.. kita mungkin telah lama terlatih berdasarkan kepada theory atau jgk paper-based... xkira dari jaman sekolah dulu maupon skrng, semua theory tu kita pelajari berbasiskan kepada buku atau kepada theori semata, dan hidup sehari-hari lah yg sebenarnya menguji kefahaman kita yang sebenarnya.
Alhamdulillah, umur saya sekarang pon takdelah terlalu tua atau pon terlalu budak kecik, mlah telah genap 23tahun umurnya. Tua? Muda? Tu tergantung kpd persepsi anda masing2 atau pon bagaimana sy mempertengahkan diri sy kepada masyarakat... ada yg mungkin telah mencecah 3 4 dekad, tapi masih lagi membuat sesuatu decision atau memperlakukan diri spt kebudak2an... atau ada yang baru je baligh, tp telah hebat memperjuangkan kemerdekaan tanah air maupon melaungkan Allahu Akbar! Dgn selantang2 nya..
Semua ni banyak dipengaruhi oleh pengalaman yang telah dilalui mereka... setiap suatu yg berlaku pasti merupakan ujian daripada Allah swt. Bila kita mengaitkan kpd ujian, pasti ianya bergantung kpd sejauh mana kefahaman kita kpd sesuatu... mungkin dimasa upsr dlu, soalan2 yang dikasik tidaklah se extreme yg kita hadapi di ujian2 yg berikutnya, eg: spm, ujian block, tentamen? Heh? Dan once kita sudah melepasi sesuatu ujian, maka kelanjutan drp itu pastilah makin mencabar sesuai dgn ilmu yg kita miliki...
Dan setiap dari kita mempunyai kelebihan masing2... ada yg terer sejarah, ada yg power math, dan seangkatan dgn nya... maka seseorang yg sudah menguasai sejarah di hujung jari mereka sudah pastilah bersenang lenang apabila menghadapi soalan2 sejarah, dan sebaliknya... dan apabila sejarawan ni akan menghadapi soalan matematika, pasti dia2 ni akan berusaha keras untuk memperbaiki skills nya di matematika supaya dia tidak kantoi di ujian.. eh?
Dan sebuah analogi ni sering kali menghantui (cewahhh) benak pikir ni bila berhadapan dengan sesuatu ujian yg baru...
Jujur,
Saya maupon anda, sy yakin, punya kelemahan masing2..dan tentunya kelemahan sy lah yg paling ketara... dan kelemahan ni, dahulunya sy redha dan berkeputusan untuk tidak ambil kisah... bunyi chantek, redha, dan tinggalkan siapa yg tidak dapat menerima kelemahan yg ada pada sy...
Suatu hari, ntah dari mana, datanglah analogi ni di pikir sy.. emmm
Dan apabila ditelaah sedetail yg sy mampu, maka timbul lah satu kesedaran dimana sy skrng sdg hidup di suatu masyarakat yg berbagai jenis... dan nak xnak, mereka semua ni ibarat sejarah, biologi, dan sebagainya, dimana harusnya sy suaty masa akan menghadapi mereka2 ini... di sini, sy harus berbuat perubahan, perbaiki kelemahan yg ada...
Dalam berhadapan dgn manusia yg diselubungi dgn 1001 kelemahan dan 1 kebaikan, maka tidak tepatlah kalau sy bertindak untuk menunding kelemahan yg mereka miliki semata2, sehingga kelemahan yg telah tersedia maklum banyaknya mendominasi kebaikan yg serba serbi sudah lemah. Maka konklusi tepatnya, adalah untuk lebih memaafkan kesalahan2 orang lain, dan lebih menunding kelemahan2 yg ada pada diri sendiri titik.
Terpikir sya, bagaimana cara untuk mengharumkan semerbak, tanpa riak, sesuatu kebaikan yg ada pada diri seseorang sehingga dpt mendominasi segala mcm kelemahan yg kita ada skrng.
Dan untuk skrng, cara yg dpt sy pikirkan hanya lah dgn meng appreciasi setiap kebaikan, dan tulus ikhlas menasihati setiap kelemahan, dan selanjutnya, sy tawakkal kpd Allah yg Maha Kuasa.
Sy tidak rela menasihati dgn diiringi perasaan riak dlm diri, dan sy tidak rela memuji dgn mengiyakan kebatilan yg ada pada diri kita... semoga kita semua mendapat rahmat dan redha Allah di atas segala yg kita perbuat...
Ada hikmah disebalik ujian yg kita hadapi, dan semuanya bergantung kpd kita untuk menghadapi nya, kalau kita btol2 bersedia untuk melangkah kpd ujian seterusnya, pasti kita akan bersedia sesedia mungkin untuk melepasi ujian semasa itu... dan kalau selama2nya kita fail, disitu la kita xbergerak kemana2 eh?
Sekian tazkirah petang bersama ustak yik, hahaha k salam
Monday, April 15, 2013
DAKWOH
Sunday, April 14, 2013
AWAK CUTE
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Dah agak sekian lamanya beta tak ngupdate belog ini yee... whewww sabo yee... tapi yang tak kurang mengherankan jugak bila ramai jgk al-sohabat2 yg lain2 tak update blog2 mereka yg fofulerr lagi yg empunya ramai ikutan (follower) itu...
Bila bercerita pasal update mengupdate ni, memang tak dapat lari lah daripada satu topik, dimana secara analogi nya kita boleh samakan dengan sebuah kedai makan yang punya ramai pelanggan dan dengan yang kosong... kosong.... kosong. Tak paham eh? Hohoho sy pon xpaham... maksudnya bila tak sehangat mana update dari kawan2... dengan sendiri nya beta pon jadi malas nk update... heh, alasan... kui3
Tak jugak kot, tapi mungkin lebih kepada kesuntukan waktu, dan jugak idea2 yang kurang pada masa sekarang yang menterbataskan hasil karya sy di lembar2 belog ini...
Tapi,
Satu benda yang sy sedor dari fenomena ini (ciiee skema gabang ayat) hahaha, sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan sy kagum dan menghargai tulisan2 mereka... kadang tersenyum, terketawa, terhangguk2 sorang2, tersobsobs (yg ni tambahan je)... mungkin dari penulis nya sendiri xsedor, atau mungkin jgk dia taw je pengikut2 dia menanti2 update dari mereka2 ini... perasan lettew, hahaha
So,
Alang2 sudah menulis ni, izinkan sy berkongsi sedikit apa yg berlaku pada malam dan hari 4 april yg kemarin... sebenornya sih, ga ada papa kok, kui3... yelah al-maklumlah malam exam lerr katakan, eeiish slalu je malam exam.. heh, sebenarnya sy personally tak rasa pape pon, lagi2 rasa ala2 blushing pon ada bila org bukak pintu bilik and wish... alahai comeii nyaa, hahaaha perasaan...
Dan sebenornya jgk bkn malu atau xrasa pape tu sb xbiasa sambut, tp bersandarkan esok nya exam block, dan sy lebih selesa menyambut dengan orang yg dekat, so mungkin tu la sebabnya sedikit kukuh perasaan bersahaja dalam hati tu... (cecece cover la tu) :P
Dahtu upload la gambo2 adiah?
Ekhem sori ye tade adiah pon taun ni, haha... or mungkin ada, adiah dr abah sendiri, kalo nampak ada phone baru kt tangan sy tu kire yela tu eh, kui3... tp terpikir jgk, kalau taun lepas dpt jgk sepapan coklat, dpt jgk kertas ucapan dari yg xbernama... mungkin taun ni sy makin menggelembung dan makin kurang cool yg menyebabkan si secret admire td lari...hahaha (oke tu perasaan/perasan tahap maksima) :D gurau je, jgn lah kerut dahi eh :)
Dan Alhamdulillah, terasa makin dekat dengan kubur, dan tiada tempat lain kita akan dikembalikan, samada kemahuan ataupon keterpaksaan, dihadapan Allah jga lah kita akan dihadapkan nanti... insyaAllah, sy bkn yakin, tetapi sy redha dengan ketentuanNya, semoga sy dan anda akan dikembalikan dan dihadapkan nanti dengan jiwa yg tenang dan rindu kepadaNya, ameen...
Sekian post di malam anatomy, semoga semua berjalan lancar, dan maafkan daku eh? Hohoho.. oke serius :|
Salam :)
Saturday, April 13, 2013
PAKCIK TANDUK TAKKAN INSAF
ketika kubaca firmanNya, "Sungguh tiap mukmin bersaudara"
semoga ia nya bermanfaat... :)
tiada erti berputus asa dalam dakwah, dan tiada erti siapa salah dalam dakwah... yang ada hanyalah mainan setan yang tidak henti-henti menggunakan segenap peluang untuk melemahkan kita, untuk menyesatkan dan menjauhkan manusia dari Allah swt...
" Sesungguhnya enkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa untuk memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk " al-Qasas : 56
tipu kalau aku bilang aku sudah tidak melakukan dosa, kecil atau pon yang besar... tetapi bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat? bukankah pintu keampunan Allah itu sangatlah luas seluas langit dan bumi? pengakhiran itu lebih baik dari permulaannya... jangan putus asa!
" Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cobaan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. "
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar. " al-Buruj : 10-11 :)
dan inilah proses tarbiyyah, dan itulah tugas nya seorang murabbi kepada siapa yang ditarbiyyah olehnya... ia bukan proses yang sehari dua, bukan juga terisi dengan riang tawa sahaja, tetapi ia proses yang lama, ia proses yang berbukit bukau, berpaya-paya, kenapa? kerana di dalam itulah lah terasa nikmatnya...
mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis? hehh... :)
insyaAllah betolkan balik niat kita, tambah usaha kita, yang selebihnya mohle kita bersangka baik kepada Allah, dan Allah tidak pernah menzalimi hambaNya :)
p/s~ jangan berfikir kita sahaja yang sedang berusaha, jangan berfikir usaha kita sudah mantap, dan jangan berfikir kita sudah secool ala2 gaya matrix mengelak segenap peluru yang ditembak ke tubuh kita... padahal yang tidak nampak tu malah lebih2 lagi lebih berpengalaman dan licik, dan lebih panjang tanduknya, heh? insyaAllah usaha ye...
semangat! \(^^,)/
Thursday, April 11, 2013
Saturday, April 6, 2013
YOU
Friday, March 22, 2013
NOT SO SWEET OLD TIMES
dan salah satu benda yang berjaya menarik minat aku adalah bila membaca post2 yang bertarikh kan tahun2 yang agak lama kebelakang, macam tahun 2010, 2011, atau mungkin yang lebih tua dari tu... malah, post2 tadi banyak yang berlatar belakangkan tentang mukhayyam, daurah, usrah2, yang mungkin pada waktu tu, aku... agak tidak familiar dengan benda2 ni... atau jugak agak memandang sinis sedikit tentang perkataan2 ni.... yelah, bila sebot pasal usrah, mungkin dalam hati aku, 'ye budak2 baru nak kenal agama la tu', atau 'amenda la diorang ni, x social btol', 'sket2 nak duk ngn geng diorang je, ajak memane taknak'...
hmmmm (tarik nafas panjang)....
ye... xperlu cerita la sekarang, diri sendiri taw jauh mana sudah aku melangkah (ada la dalam 2 3 langkah), cuma bila membaca post yang sekian, aku agak sedikit tersentap, alangkah lamanya mereka2 yang terpilih ni sudah berada di jalan yang 'lurus', boley ke aku cakap macam tu? bila dipikirkan, bertuahnya mereka2 ni sudah lama mendapat tarbiyah, sudah lama nya mereka ni berjuang di jalan Allah... (merenung kejap)...
sekarang ni, even sebelum2 ni pon memang aku amat2 lah terasa inferior dengan mereka2 ni, memang lah terasa agak jauh ketinggalan, dan memang patot pon rasa macam tu... dan agak sedih bila mengenangkan masa2 dulu yang berlalu macam ntah pape, macam terlalu banyak sangat lalai, yang waktu2 dulu sepatot nya aku gunakan untuk benda2 yang bermanfaat, tapi... tulah, sejarah... nak diulang memang aku xmampu....
mungkin masa tu dalam pikiran aku, aku ada kelebihan dari mereka2 ni, kelebihan yang mereka takde, atau mungkin masa tu aku rasa, aku lah yang paling bebas, boley buat ape je, sedangkan mereka2 ni tak dapat kebebasan tu, atau banyak lagi benda2 yang aku rasa aku ni superior dari mereka.... hmmm, sekarang, aku rasa xperlu gtaw pon macam mana rasa nya, mungkin anda2 boley interpret sendiri je...
untungkan?
tapi dibalik tu jugak, hati ni terasa sedikit tersentuh, bila, geng2 big boss ni, diorang ni, waduh.. baik, xpandang serong, sangat supportive, plus sangat jugak berhati2 dalam menjaga hati2 orang2 baru ni... ni ke hasil nya penat lelah mereka? ni ke hasil tarbiyah mereka? sangat kontradik dengan apa yang pernah aku pikir pasal mereka ni dulu kan? tula namanya pikiran nafsu serakah, hmmm lagi...
dan melalui sejarah lampau ni, aku cuba pandang ke depan... boleh ke? boleh ke aku ni sesabar mereka? boleh ke aku sededikasi mereka? boleh ke ni boleh ke tu?? banyak... dan jujur, apa yang aku lihat kedepan masih kabur, bila kabur maka belom tentu, dan susah nak bergerak kan... yee aku memang berusaha, atau kalau belom pon, aku akan berusaha keras nak jadikan masa depan aku tu jelas, sejelas aku tengok burjo sangkuriang depan rumah aku, sejelas aku tengok perjuangan bigboss2 sekelian, sejelas aku minum nutrisari jeruk, sejelas aku tgk baby makan, sejelas aku tgk laptop depan aku ni, sejelas aku tgk choco lari kerna takut, sejelas jelasnya gitu... haa xperlu baca yang jelas2 tu semua, tu semua merapu....
ternyata, mereka2 ni lah yang telah melalui macam2 dugaan, dugaan dalam menegakkan prinsip2 hidup mereka, mereka2 ni lah yang telah banyak mengharungi macam2 pikiran2 sinis macam aku ni, macam2 cercaan, xperlu tengok sampai ke negara arab, xperlu tengok sampai ke indonesia, dan xperlu tengok sampai ke pondok2, malah xperlu jugak tengok sampai keluar rumah... tengok je kawan2 sekeliling, telah banyak menginspired aku, telah banyak menghilangkan penat lelah aku yang seciput...
akhir kata, aku salute anda2 semua, dekat2 sini, atau pon di luar sana...
Wednesday, March 20, 2013
ILMU KE SYURGA
dipendekkan cerita besok adalah periksa pathology clinic sama microbiology... ok study.bai.
bila sebot pasal belajar ni hati tu terkadang sedikit rapuh, mata tu sedikit tidak kuat menahan, melainkan ada stimulant2 yang kuat mengstimulate... macam contoh, periksa tu haruslah sebuah periksa yang besaw, block exam ke, tentamen ke, or mungkin exam dalam kubur nanti? gulp... atau mungkin haruslah bersesuaian dengan waktu nya jugak, contohnya harus lah 2 3 hari sebelum exam... kenapa kan?
dalam menjalani hidup2 sekarang ni, setiap kali terasa mendapat teguran, xkesah lah samada teguran dari orang lain, atau dari mulut sendiri... dan teguran2 segini banyak kali nya sangat lah membuka pintu2 yang kadang2 tu makin nak tertutup...
salah satu darinya mungkin yang berkaitan dengan menuntut ilmu itu sendiri... padahal dari dulu kala dah banyak ustak2 sekola, maupon ustak2 di masjid duk cerita, kalau g belajo tu niatkan kerana Allah, insyaAllah akan termasuk dalam golongan yang syahid... tapi kalau ditengokkan kepada yang berlaku, macam...emmmm... exam tu sekadar nak lepas exam, dan ianya tidak bersesuaian dengan golongan yang keluar untuk 'menuntut ilmu' itu sendiri, hmmm... penasaran
dahtu sama la kan nak lulus exam, lebih kurang la tu dengan nak menuntut ilmu, sebab nak lepas exam aku pon tuntut la ilmu, ye idok?
eh eh eh pandai pulak cik kak menjawab...
dan dengan ilmu yang kita dapat ni semoga, dan seharusnya kita gunakan untuk memberi manfaat kepada makhluk sekalian alam hendaknya... dah ce tanya soalan yang student2 first year duk blajo kt incik blogger yang segak tampan bergaya ni? agak2 dia ingat ke x? ehem, sori dik, abe keno belek buku dulu, esok abe jawab, phewww...
dan disitu, dan disana nun jauh dalam hati, kita tahu, Allah lebih mengetahui nawaitu kita sekalian... jangan jadi macam kaum Yahudi, yang bila dikurniakan kepada mereka, para2 nabi, datang kepada mereka kitab, tetapi mereka mendustakan, sedangkan Allah lebih mengetahui...
akan tetapi... hal segini bukan lah untuk merunsingkan kepala anda semua, atau bukan jugak untuk menambah beban dimalam exam anda... bahkan ia tidak lain tidak bukan adalah sebagai berita gembira kepada anda2 semua... berita gembira dimana, apa yang kita perbuat ini bukan lah semata2 kerana duniawi kan? malah lebih agung dari itu...
Islam datang bukan untuk menyusahkan atau membebankan kehidupan kita, tetapi sebagai panduan, sebagai tunjuk ajar untuk kita menjalani kehidupan kita sehari2... dan dengan betol2 menjadikan Islam itu sebagai way of life, maka... yang nak kabor nye, hilanglah segala keluh resah, hilang lah segala beban yang tertanggung selama ini, kenapa? yee nawaitu kita tadi, Islam itu tadi, resapi lah dalam kehidupan kita sebenar-benarnya, dan percaya dengan janji2 Allah sebenar-benarnya... sebagaimana kita percaya makan itu mengenyangkan kita, sebagaimana kita percaya kertas tu terbakar bila dinyalakan, malah seharusnya kepercayaan kita itu melebihi dari tu semua ye idok?
nah, sudah jauh jugak lari nya daripada tajuk yang dibahas di atas... kui3... so pesanan nya, niatkan betol2 kerana Allah, dan jugak ingatkan orang lain jugak, termasuk aku sendiri yg selalu lupa ni (ye al-maklumlah selalu je ponteng kelas kan)... semoga, setiap pekerjaan yang kita lakukan untuk menuntut ilmu ini diberi ganjaran oleh Nya, bahkan lagi di zaman sekarang ni kematian boleh menyambut kita dalam bermacam2 cara dah, semoga mati kita jugak adalah kematian yang bermanfaat pada pandangan Allah, dan insyaAllah kita tergolong dalam golongan yang syahid tersebut, ameen...
Saturday, March 2, 2013
I BELIEVE
apa khabar iman anda hari ini? apa khabar solat anda? apa khabar sadaqah anda? apa khabar dakwah anda? apa khabar hati2 anda sekelian? moga2 semua nya masih mantap dan terpenuhi dengan ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah swt :)
" Sungguh, Allah Mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati " 35:38
" Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan, dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati " 64:04
terkait dengan hati, dengan iman, dengan taqwa, emang kenapa dengan dunia sekarang? eh2 gak nyambung yaa? ntah laa, kalau ditonton di pesbuk sekarang ni, macam2 dan berbagai2 perkara berlaku, dari yang non-muslim nye sehinggalah ke yang memang kita2 sendiri ni... agak tersentap bila menonton video2 apa yang berlaku di Bangladesh, dan lain2 tempat lagi, even termasuk lah Malaysia sendiri... kalau yang ditindas tidak dibantu, dan yang tertindas diam2 masih tak sedar2, dan yang belom tertindas sedang hangat melagha... tak semua, dan bukan anda yang membaca ye, tapi cuma segelintir dari kita, dan segelintir itu kita tidak mau yee...
" Sungguh Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka " 13:11
terus kenapa? kalau sekadar nak complaint, baik xpayah kan... saya sendiri pon sedang ligat memikirkan kenapa ini bisa terjadi, apa salah pemimpin? atau salah keluarga? atau salah diri kita sendiri?
kemana hilangnya Islam dan Iman dalam diri kita? apa memang kita sudah yakin kita pasti selamat daripada 'azab Allah? emang kita cuma sekadar melafazkan keimanan kita hanya sekadar memuaskan hati2 manusia, sedangkan di dalam hati kita masih ragu2 tentangnya...bukankah iman itu bukan sekadar membenarkan di dalam hati, tapi juga harus kepada lisan nya, dan terserlah melalui perbuatannya... atau apakah memang dari hati kita lagi yang berpenyakit?
persoalan2 sebegini tidak haruslah saya jawab seolah2 saya mengetahui apa yang ada didalam hati antum semua, tetapi hanya sekadar mengstimulatekan anda semua untuk berfikir sejenak dimanakah kita, siapakah kita, dan fahamkah kita akan kenapa kita disini? adakah hanya sekadar untuk makan minum tidor bangun dan bermain? anda pikir?
sebuah hadith daripada Ibn Mas'ud ra menyatakan
" Sesungguhnya engkau berada pada satu zaman yang didapati banyak fuqaha'nya (orang2 yang faham ayat al-Quran) dan sedikit pula qara'nya (orang2 yang pandai membaca ayat2 al-Quran) tetapi hudud al-Quran tetap dipeliharanya sedangkan hurufnya tidak pula sangat diwajibkannya. Sedikit orang meminta, banyak orang yang memberi. Mereka memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah. Mereka mulakan saja 'amal2 mereka sebelum percakapan mereka. Dan akan datang satu zaman kepada manusia yang didapati sedikit sekali fuqaha'nya, banyak pula qara'nya, dipelihara benar hurufnya tetapi disia2kan hududnya. Banyak orang meminta, sedikit orang yang member. Mereka memanjangkan khutbah, memendekkan sembahyang. Mereka mulai menuruti kemahuan2 mereka sebelum melakukan 'amal2 mereka.
sedih ye, bila al-Quran ditinggalkan, al-sunnah dikikis dari kehidupan sehari2, manakala akal pula yang diagungkan... zaman sudah moden, tidak sesuailah dengan kitab ni... HOIII, sape anta mau ngomong gini? dan jangan sampai terbatal lah iman kita dengan hal2 sebegini, sedangkan beriman kepada kitab adalah antara asas rukun iman yang wajib kita imani... dan al-Quran adalah pelengkap kepada kitab2 sebelumnya... apa kita tidak yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui? sedangkan tentang diri kita sendiri pon kita blurrr yee...
mungkin kerana ni lah yang mengundang saudara2 kita diluar sana yang menjadi mangsa, iaitu kerana lemah nya kita, kerana jauh nya kita kepada Allah
okay, sebelum makin jauh melalut ntah kemana, saya cuma ingin menyeru, yuq kembalilah kita kepada al-Quran dan al-sunnah, berpegang teguh lah kepada kedua2 nya, sentiasa jadikan kedua2 nya panduan dalam kita mengharungi kehidupan di dunia supaya kita selamat di dunia dan di akhirat kelak... meh lerr sama2 sepakat, berjanji, dan berganding bahu (cewaahh skema gabang ayat nye) dalam menegakkan Islam, mengembalikan manusia seluruhnya untuk tunduk kepada Allah swt... dan saya sendiri yakin, dengan potensi yang ada dalam diri kita masing2, kita mampu, bahkan tersangatlah mampu dengan pertolongan Allah swt jua. semoga kita istiqamah.
p/s~ sebenarnya lain yang ingin ditulis, tapi tertulis begini, mungkin kerana mabuk daging (alasan penulisan yang kucar-kacir), dan semoga bermanfaat
~doakan saudara kita diluar sana semoga sentiasa selamat dibawah perlindungan Allah swt
~doakan jugak saudara kita yang di Lahad Datu supaya semuanya terselamat
~doakan jugak kita semua supaya dikurniakan taufiq dan hidayah, dan semoga berjalan di jalan yang diredhai Allah swt
Monday, February 25, 2013
JENG KRENGGG
p/s~ bab kata abang2 xpdc jawapan nya di sini, semangat kita hilang, luls... xley nak dengar sangat nasehat demo2 ni :P
Sunday, February 24, 2013
A MAN WITH A DREAM
Thursday, February 7, 2013
HYE SWEETHEART
Alhamdulillah, walaupon agak terlambat, tapi syukur suda slamat sampai di bumi kelate... jam skrng 12.20am, tp hati sy yakin mengatakan itu masih time indo, pheww.. amboihh sekarang air-asia kemain ligat menawarkan dua penerbangan dalam satu hari eh?ki3..kemain awok... so dipendekkan cerita, dengan pengambilan penerbangan aka flight petang, perjalanan nye sgnt lah smooth dan meriangkan hati sungguh... tibanya di lcct suda disambut oleh adik terchenta aka adik bongsu dgn keta viva yg amat menggamit kenangan menusuk jiwa... bertaun2 sudah berjiwa lara, riang berdansa bersama nya dikala jalan2 mulai sunyi, kedai2 mulai melabuhkan tirai, sementara pusat2 hiburan mulai rancak mengikut irama, tak gitu? kui3...
tak kurang bersyukurnya bila dapat bersama2 bersatu hati makan bersama2 di atas satu meja yg sama, di sek24 yg xkurangnya jugak menyimpan 1001 kenangan di masa yeaa level dahulu kala, dengan keenakan nasik kukus tersohor yg pernah diceritakan oleh warga2 kampung sekitarnya... burrpp Alhamdulillah, kekenyangan mulai menyentuh dinding2 lambung, mungkin sedikit menekan, atau mungkin jugak agak banyak menekan, sehingga diri ini ternyata, jatuh tersungkur di dalam dakapan kerusi plastik yg 'empuk'... cewaahhh... maka, malam hampir melewati, pagi (aka 12am) makin mendekati, perjalanan harus diteruskan... ku pegang erat kekunci kereta yg suda lama tidak ku rasakan didalam genggaman erat tanganku, yeahh ayuh kita teruskan...
jalan yg ku harungi terasa seperti melalui terowong-terowongan ular, terkadang lurus, dan terkadang terpaksa ngambil lap tajam, yg ku pasti, ia nya kurang bercahaya... namun ku tempuh jua, cut...
nyampe di rumah lil bro, yg tidak seindah dahulu lagi, kalau dahulunya ia merupakan kolam renang aka swimming pool yg menjadi tarikan anak2 muda2 spt2 aku untuk menyehatkan badan aka berenang, sekarang sudah bertukar kepada longkang2 yg agak bersyukur tiada bau2 semerbak mengiringi (kayak di sebuah bandar besar yg kita sedia maklum)... atas bawah, kiri kanan gelap gulita, gumpalan2 kain dijadikan langsir untuk menutupi pandangan2 sesiapa yg lalulalang sgnt indah disusun rapi oleh teman2 seangkatannya, hmmm kreatif...
goodbye bro,
stereng diputar ke kanan dan ke kiri, kemudian kiri dan ke kanan, begitu lah juga seterusnya... viva auto 1000cc sepertinya membawa dirinya sdr, melewati bandar2 bercahaya i-city, yg tersgntlah syahdunya... terlihat muka teman2 seperjuangan dulu2, sepertinya dulu cuma kayak anak2 kecil, yaahh ternyata sekarang sudah gaahh memakai kain2 putih (coat yaa anak2 sekelian -.-) dipandang gah jugak oleh pasien2 maupon mc aka nurse di spital... emmm, jauhkan pandangan, fokus kepada mencari flat2 tinggi, yg mungkin flat yg dicari... ternyata, hmm s alam, sudah macam tempat tumpah nya darah ibu yg melahirkan...
Alhamdulillah sampai ke sebuah flat empunya Allah, yg diduduki oleh sebuah keluarga, selesaikan apa yang wajib, dan kami rehatkan diri sementara menunggu mentari pagi mengejutkan lena kekenyangan dan kepenatan...
visi dan misi kami jelas, kampung... tanggungjawab... berbekalkan iman sbg perisai, zikrullah sbg kelengkapan, dan doa sbg senjata, yahh ternyata, Alhamdulillah selamat jugak smp tanpa sebarang musibah menimpa... kelate, hmmm... sy sangat merindukan kamu, ye kamu :)
Thursday, January 31, 2013
HYE AIR ASIA ^^
assalamualaikum,
and talking about asking for forgiveness, lets fight, fight fight fight, semangat!!! on the Day of Judgement, the true ruller is Allah Himself... im happy... insyaAllah all of our hardships on this Deen of Islam will be paid off, im positive on this :)
Umar al-Khattab, in his life, what he taught us were being patient and grateful... as these two elements are both importants... he said, if he is given a choice to choose one of them, he would not left one behind, aka he would choose both... patient, first, be patient in obeying Allah commands. 2nd, patient in keeping away ourself from what He prohibited. and 3rd is patient in what have been written for us, good or bad... and be grateful for everything that is already decided for us... noted, grateful not the same as being satisfied of our achievements... hmm pusing lettew... grateful here means, we are grateful on how much we had work for it, next time, we will work harder to achieve more :)
simple nya, mohle, lets be grateful and achieve more than before... meh3, lets fight saiyan2 sekelian, ki3...
insyaAllah bermanfaat, kalau ada benda yang perlu ditegur silahkan lah, insyaAllah saya akan menerima dan bertindak semampunya :)
insyaAllah bertemu lagi kita di medan perjuangan dan di syurga secara berjemaah kelak :D, kalau tak :'(. tlg kirim salam kat nabi Muhammad saw. jazakallah khair