Wednesday, March 12, 2014

JANJI SIAPA YANG PASTI?

assalamualaikum,

sebuah lagi diari-like luahan hati penuh emosi

tetttt tipu saje, hihi...

aturan Allah itu indah, di awal mungkin kelihatan, merasakan agak memberat sebelah, tapi setelah diharungi dengan sisa kekuatan yang ada, hasil kudrat yang dipinjam dari Dia jua, sunrise di ufuk dieng ketemukan. nah kena pulak kopi panas secawan, sambil foto2 ala gedik gitu. *buat koleksi peribadi ^^

tipu kalau aku bilang sepanjang 24 tahun ini hanya penuh terisi dgn gelak ketawa. walaupon susah untuk aku ingat kali terakhir air mata ni berjaya menembus lacrimal gland dan terus membasahi pipi seorang pejantan tangguh ni, tapi detik2 sebak di dada, lutut goyang, hilang selera makan sering kali jugak menempatkan diri apabila sahaja cerita sedih diputarkan.

selalu sahaja, aku kembali ke sejadah, meminta di tempat yang sama, dgn pengharapan yang sama, dan janji yang lebih kurang sama kepada yang Maha Esa. Alhamdulillah setiap dugaan yang kuterima berakhir dengan senyum seorang pemenang. Tidak kira ianya berupa yang ku pinta, ataupon dengan air mata, rasa kelegaan dan berserah diri yang mengukir senyum ku.

namun aku khawatir, jikalau cerita yang menanti aku didepan belum ak bersedia untuk hadapi. iman senipis kulit bawang, dengan kudrat apa aku boleh janjikan bahawa semuanya akan aku cantas bergaya... menuju syurga.

misteri menanti lebih hitam kelam drp misteri kehilangan sebuah pesawat... tiada yang boleh dijanjikan, tidak tahu kapan apa sahaja boleh terjadi. cuma tinggal segunung pengharapan kepada Mu ya Allah. Bimbing lah kami ke jalan Mu, pertemukanlah kami di jalan Mu, matikanlah kami dalam keadaan bersujud kepada Mu.

dengan setiap yang berlaku, moga letakkan lah kesalahan di tempat yang terbaik, kemenangan sebagai kenangan terindah bagimu, dan apa yang berlaku antara kita sebagai pengajaran untuk terus melangkah kaki ke gunung dieng, minum kopi, dan bercanda tawa di sana nanti.

andai tiada lagi sunrise disana besok. maafkan lah segala kesalahan aku. dan aku juga memaafkan kamu teman.