Friday, March 22, 2013

NOT SO SWEET OLD TIMES

salam...


tadi aku sempat membaca balik blog2 kawan2 lama yang memang dah berhabuk bertahun2 ditinggalkan, ada yang dah masih lagi boley dibukak dan bersawang2, dan ada jugak yang sudah tak dapat dibukak, one of it bloggers aktif kita iaitu cik kopi, why why?... bukan apa, cuma sekadar untuk mengenal lagi mereka2 ni dahulu.... dan sambil2 duk belek2 blog mereka2 ni, banyak jugak input yang termasuk dalam otak, atau pon mungkin kedalam hati sanubari aku ni... dan terkadang nya jugak ada certain2 point yang seperti mereflek kan balik diri aku sendiri, mungkin diri aku dulu2, or mungkin jugak sekarang.... dan agak rasa terkilan bila aku cuba nak bukak blog aku yang dulu, 'aku dan semua' tu, ternyata blog tu dah terhapus, yaa dihapuskan oleh aku sendiri rupanya... em xpalah, yang lama kita simpan ketat2 dalam memori je lah ye...

dan salah satu benda yang berjaya menarik minat aku adalah bila membaca post2 yang bertarikh kan tahun2 yang agak lama kebelakang, macam tahun 2010, 2011, atau mungkin yang lebih tua dari tu... malah, post2 tadi banyak yang berlatar belakangkan tentang mukhayyam, daurah, usrah2, yang mungkin pada waktu tu, aku... agak tidak familiar dengan benda2 ni... atau jugak agak memandang sinis sedikit tentang perkataan2 ni.... yelah, bila sebot pasal usrah, mungkin dalam hati aku, 'ye budak2 baru nak kenal agama la tu', atau 'amenda la diorang ni, x social btol', 'sket2 nak duk ngn geng diorang je, ajak memane taknak'...

hmmmm (tarik nafas panjang)....

ye... xperlu cerita la sekarang, diri sendiri taw jauh mana sudah aku melangkah (ada la dalam 2 3 langkah), cuma bila membaca post yang sekian, aku agak sedikit tersentap, alangkah lamanya mereka2 yang terpilih ni sudah berada di jalan yang 'lurus', boley ke aku cakap macam tu? bila dipikirkan, bertuahnya mereka2 ni sudah lama mendapat tarbiyah, sudah lama nya mereka ni berjuang di jalan Allah... (merenung kejap)...

sekarang ni, even sebelum2 ni pon memang aku amat2 lah terasa inferior dengan mereka2 ni, memang lah terasa agak jauh ketinggalan, dan memang patot pon rasa macam tu... dan agak sedih bila mengenangkan masa2 dulu yang berlalu macam ntah pape, macam terlalu banyak sangat lalai, yang waktu2 dulu sepatot nya aku gunakan untuk benda2 yang bermanfaat, tapi... tulah, sejarah... nak diulang memang aku xmampu....

mungkin masa tu dalam pikiran aku, aku ada kelebihan dari mereka2 ni, kelebihan yang mereka takde, atau mungkin masa tu aku rasa, aku lah yang paling bebas, boley buat ape je, sedangkan mereka2 ni tak dapat kebebasan tu, atau banyak lagi benda2 yang aku rasa aku ni superior dari mereka.... hmmm, sekarang, aku rasa xperlu gtaw pon macam mana rasa nya, mungkin anda2 boley interpret sendiri je...


pernah aku gtaw sumone pasal benda ni,... dan respond dia camana agak2? katanya ce cari kelebihan dalam diri sendiri, ce yakin ngn diri sendiri, ce ni ce tu... agak lah lega sket bila taw ada jugak orang yang percaya masih ada something yang bernilai dalam diri aku ni... kalau nak dipikirkan kelebihan2 lagha banyak la jugak aku ada..., pon boley~krik3... tapi tula... iman aku ni nipis, kalau orang cakap senipis kulit bawang gitu, banyak sangat benda yang aku blaja, tapi implementasi tu yang agak tak complete, ke xmenjadi?heh, dan bila aku cakap banyak tu, means bukan belambak2, al maklumlah dedikasi untuk bukak mata luas2 bila membaca ni masih lagi ditahap kritikal... so banyak disitu means sangat2 lah sedikit berbanding ngan ilmu2 anda semua,hmmm...

untungkan?

tapi dibalik tu jugak, hati ni terasa sedikit tersentuh, bila, geng2 big boss ni, diorang ni, waduh.. baik, xpandang serong, sangat supportive, plus sangat jugak berhati2 dalam menjaga hati2 orang2 baru ni... ni ke hasil nya penat lelah mereka? ni ke hasil tarbiyah mereka? sangat kontradik dengan apa yang pernah aku pikir pasal mereka ni dulu kan? tula namanya pikiran nafsu serakah, hmmm lagi...

dan melalui sejarah lampau ni, aku cuba pandang ke depan... boleh ke? boleh ke aku ni sesabar mereka? boleh ke aku sededikasi mereka? boleh ke ni boleh ke tu?? banyak... dan jujur, apa yang aku lihat kedepan masih kabur, bila kabur maka belom tentu, dan susah nak bergerak kan... yee aku memang berusaha, atau kalau belom pon, aku akan berusaha keras nak jadikan masa depan aku tu jelas, sejelas aku tengok burjo sangkuriang depan rumah aku, sejelas aku tengok perjuangan bigboss2 sekelian, sejelas aku minum nutrisari jeruk, sejelas aku tgk baby makan, sejelas aku tgk laptop depan aku ni, sejelas aku tgk choco lari kerna takut, sejelas jelasnya gitu... haa xperlu baca yang jelas2 tu semua, tu semua merapu....

ternyata, mereka2 ni lah yang telah melalui macam2 dugaan, dugaan dalam menegakkan prinsip2 hidup mereka, mereka2 ni lah yang telah banyak mengharungi macam2 pikiran2 sinis macam aku ni, macam2 cercaan, xperlu tengok sampai ke negara arab, xperlu tengok sampai ke indonesia, dan xperlu tengok sampai ke pondok2, malah xperlu jugak tengok sampai keluar rumah... tengok je kawan2 sekeliling, telah banyak menginspired aku, telah banyak menghilangkan penat lelah aku yang seciput...

akhir kata, aku salute anda2 semua, dekat2 sini, atau pon di luar sana...

TAHNIAH, dan TERUSKAN PERJUANGAN

Wednesday, March 20, 2013

ILMU KE SYURGA

assalamualaikum

dipendekkan cerita besok adalah periksa pathology clinic sama microbiology... ok study.bai.



bila sebot pasal belajar ni hati tu terkadang sedikit rapuh, mata tu sedikit tidak kuat menahan, melainkan ada stimulant2 yang kuat mengstimulate... macam contoh, periksa tu haruslah sebuah periksa yang besaw, block exam ke, tentamen ke, or mungkin exam dalam kubur nanti? gulp... atau mungkin haruslah bersesuaian dengan waktu nya jugak, contohnya harus lah 2 3 hari sebelum exam... kenapa kan?

dalam menjalani hidup2 sekarang ni, setiap kali terasa mendapat teguran, xkesah lah samada teguran dari orang lain, atau dari mulut sendiri... dan teguran2 segini banyak kali nya sangat lah membuka pintu2 yang kadang2 tu makin nak tertutup...

salah satu darinya mungkin yang berkaitan dengan menuntut ilmu itu sendiri... padahal dari dulu kala dah banyak ustak2 sekola, maupon ustak2 di masjid duk cerita, kalau g belajo tu niatkan kerana Allah, insyaAllah akan termasuk dalam golongan yang syahid... tapi kalau ditengokkan kepada yang berlaku, macam...emmmm... exam tu sekadar nak lepas exam, dan ianya tidak bersesuaian dengan golongan yang keluar untuk 'menuntut ilmu' itu sendiri, hmmm... penasaran

dahtu sama la kan nak lulus exam, lebih kurang la tu dengan nak menuntut ilmu, sebab nak lepas exam aku pon tuntut la ilmu, ye idok?

eh eh eh pandai pulak cik kak menjawab...

dan dengan ilmu yang kita dapat ni semoga, dan seharusnya kita gunakan untuk memberi manfaat kepada makhluk sekalian alam hendaknya... dah ce tanya soalan yang student2 first year duk blajo kt incik blogger yang segak tampan bergaya ni? agak2 dia ingat ke x? ehem, sori dik, abe keno belek buku dulu, esok abe jawab, phewww...

dan disitu, dan disana nun jauh dalam hati, kita tahu, Allah lebih mengetahui nawaitu kita sekalian... jangan jadi macam kaum Yahudi, yang bila dikurniakan kepada mereka, para2 nabi, datang kepada mereka kitab, tetapi mereka mendustakan, sedangkan Allah lebih mengetahui...

akan tetapi... hal segini bukan lah untuk merunsingkan kepala anda semua, atau bukan jugak untuk menambah beban dimalam exam anda... bahkan ia tidak lain tidak bukan adalah sebagai berita gembira kepada anda2 semua... berita gembira dimana, apa yang kita perbuat ini bukan lah semata2 kerana duniawi kan? malah lebih agung dari itu...

Islam datang bukan untuk menyusahkan atau membebankan kehidupan kita, tetapi sebagai panduan, sebagai tunjuk ajar untuk kita menjalani kehidupan kita sehari2... dan dengan betol2 menjadikan Islam itu sebagai way of life, maka... yang nak kabor nye, hilanglah segala keluh resah, hilang lah segala beban yang tertanggung selama ini, kenapa? yee nawaitu kita tadi, Islam itu tadi, resapi lah dalam kehidupan kita sebenar-benarnya, dan percaya dengan janji2 Allah sebenar-benarnya... sebagaimana kita percaya makan itu mengenyangkan kita, sebagaimana kita percaya kertas tu terbakar bila dinyalakan, malah seharusnya kepercayaan kita itu melebihi dari tu semua ye idok?

nah, sudah jauh jugak lari nya daripada tajuk yang dibahas di atas... kui3... so pesanan nya, niatkan betol2 kerana Allah, dan jugak ingatkan orang lain jugak, termasuk aku sendiri yg selalu lupa ni (ye al-maklumlah selalu je ponteng kelas kan)... semoga, setiap pekerjaan yang kita lakukan untuk menuntut ilmu ini diberi ganjaran oleh Nya, bahkan lagi di zaman sekarang ni kematian boleh menyambut kita dalam bermacam2 cara dah, semoga mati kita jugak adalah kematian yang bermanfaat pada pandangan Allah, dan insyaAllah kita tergolong dalam golongan yang syahid tersebut, ameen...

Saturday, March 2, 2013

I BELIEVE

assalamualaikum...

apa khabar iman anda hari ini? apa khabar solat anda? apa khabar sadaqah anda? apa khabar dakwah anda? apa khabar hati2 anda sekelian? moga2 semua nya masih mantap dan terpenuhi dengan ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah swt :)

" Sungguh, Allah Mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati " 35:38

" Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan, dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati " 64:04

terkait dengan hati, dengan iman, dengan taqwa, emang kenapa dengan dunia sekarang? eh2 gak nyambung yaa? ntah laa, kalau ditonton di pesbuk sekarang ni, macam2 dan berbagai2 perkara berlaku, dari yang non-muslim nye sehinggalah ke yang memang kita2 sendiri ni... agak tersentap bila menonton video2 apa yang berlaku di Bangladesh, dan lain2 tempat lagi, even termasuk lah Malaysia sendiri... kalau yang ditindas tidak dibantu, dan yang tertindas diam2 masih tak sedar2, dan yang belom tertindas sedang hangat melagha... tak semua, dan bukan anda yang membaca ye, tapi cuma segelintir dari kita, dan segelintir itu kita tidak mau yee...

" Sungguh Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka " 13:11

terus kenapa? kalau sekadar nak complaint, baik xpayah kan... saya sendiri pon sedang ligat memikirkan kenapa ini bisa terjadi, apa salah pemimpin? atau salah keluarga? atau salah diri kita sendiri?

kemana hilangnya Islam dan Iman dalam diri kita? apa memang kita sudah yakin kita pasti selamat daripada 'azab Allah? emang kita cuma sekadar melafazkan keimanan kita hanya sekadar memuaskan hati2 manusia, sedangkan di dalam hati kita masih ragu2 tentangnya...bukankah iman itu bukan sekadar membenarkan di dalam hati, tapi juga harus kepada lisan nya, dan terserlah melalui perbuatannya... atau apakah memang dari hati kita lagi yang berpenyakit?

persoalan2 sebegini tidak haruslah saya jawab seolah2 saya mengetahui apa yang ada didalam hati antum semua, tetapi hanya sekadar mengstimulatekan anda semua untuk berfikir sejenak dimanakah kita, siapakah kita, dan fahamkah kita akan kenapa kita disini? adakah hanya sekadar untuk makan minum tidor bangun dan bermain? anda pikir?

sebuah hadith daripada Ibn Mas'ud ra menyatakan

" Sesungguhnya engkau berada pada satu zaman yang didapati banyak fuqaha'nya (orang2 yang faham ayat al-Quran) dan sedikit pula qara'nya (orang2 yang pandai membaca ayat2 al-Quran) tetapi hudud al-Quran tetap dipeliharanya sedangkan hurufnya tidak pula sangat diwajibkannya. Sedikit orang meminta, banyak orang yang memberi. Mereka memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah. Mereka mulakan saja 'amal2 mereka sebelum percakapan mereka. Dan akan datang satu zaman kepada manusia yang didapati sedikit sekali fuqaha'nya, banyak pula qara'nya, dipelihara benar hurufnya tetapi disia2kan hududnya. Banyak orang meminta, sedikit orang yang member. Mereka memanjangkan khutbah, memendekkan sembahyang. Mereka mulai menuruti kemahuan2 mereka sebelum melakukan 'amal2 mereka.

sedih ye, bila al-Quran ditinggalkan, al-sunnah dikikis dari kehidupan sehari2, manakala akal pula yang diagungkan... zaman sudah moden, tidak sesuailah dengan kitab ni... HOIII, sape anta mau ngomong gini? dan jangan sampai terbatal lah iman kita dengan hal2 sebegini, sedangkan beriman kepada kitab adalah antara asas rukun iman yang wajib kita imani... dan al-Quran adalah pelengkap kepada kitab2 sebelumnya... apa kita tidak yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui? sedangkan tentang diri kita sendiri pon kita blurrr yee...

mungkin kerana ni lah yang mengundang saudara2 kita diluar sana yang menjadi mangsa, iaitu kerana lemah nya kita, kerana jauh nya kita kepada Allah

okay, sebelum makin jauh melalut ntah kemana, saya cuma ingin menyeru, yuq kembalilah kita kepada al-Quran dan al-sunnah, berpegang teguh lah kepada kedua2 nya, sentiasa jadikan kedua2 nya panduan dalam kita mengharungi kehidupan di dunia supaya kita selamat di dunia dan di akhirat kelak... meh lerr sama2 sepakat, berjanji, dan berganding bahu (cewaahh skema gabang ayat nye) dalam menegakkan Islam, mengembalikan manusia seluruhnya untuk tunduk kepada Allah swt... dan saya sendiri yakin, dengan potensi yang ada dalam diri kita masing2, kita mampu, bahkan tersangatlah mampu dengan pertolongan Allah swt jua. semoga kita istiqamah.

p/s~ sebenarnya lain yang ingin ditulis, tapi tertulis begini, mungkin kerana mabuk daging (alasan penulisan yang kucar-kacir), dan semoga bermanfaat
~doakan saudara kita diluar sana semoga sentiasa selamat dibawah perlindungan Allah swt
~doakan jugak saudara kita yang di Lahad Datu supaya semuanya terselamat
~doakan jugak kita semua supaya dikurniakan taufiq dan hidayah, dan semoga berjalan di jalan yang diredhai Allah swt