Wednesday, March 20, 2013

ILMU KE SYURGA

assalamualaikum

dipendekkan cerita besok adalah periksa pathology clinic sama microbiology... ok study.bai.



bila sebot pasal belajar ni hati tu terkadang sedikit rapuh, mata tu sedikit tidak kuat menahan, melainkan ada stimulant2 yang kuat mengstimulate... macam contoh, periksa tu haruslah sebuah periksa yang besaw, block exam ke, tentamen ke, or mungkin exam dalam kubur nanti? gulp... atau mungkin haruslah bersesuaian dengan waktu nya jugak, contohnya harus lah 2 3 hari sebelum exam... kenapa kan?

dalam menjalani hidup2 sekarang ni, setiap kali terasa mendapat teguran, xkesah lah samada teguran dari orang lain, atau dari mulut sendiri... dan teguran2 segini banyak kali nya sangat lah membuka pintu2 yang kadang2 tu makin nak tertutup...

salah satu darinya mungkin yang berkaitan dengan menuntut ilmu itu sendiri... padahal dari dulu kala dah banyak ustak2 sekola, maupon ustak2 di masjid duk cerita, kalau g belajo tu niatkan kerana Allah, insyaAllah akan termasuk dalam golongan yang syahid... tapi kalau ditengokkan kepada yang berlaku, macam...emmmm... exam tu sekadar nak lepas exam, dan ianya tidak bersesuaian dengan golongan yang keluar untuk 'menuntut ilmu' itu sendiri, hmmm... penasaran

dahtu sama la kan nak lulus exam, lebih kurang la tu dengan nak menuntut ilmu, sebab nak lepas exam aku pon tuntut la ilmu, ye idok?

eh eh eh pandai pulak cik kak menjawab...

dan dengan ilmu yang kita dapat ni semoga, dan seharusnya kita gunakan untuk memberi manfaat kepada makhluk sekalian alam hendaknya... dah ce tanya soalan yang student2 first year duk blajo kt incik blogger yang segak tampan bergaya ni? agak2 dia ingat ke x? ehem, sori dik, abe keno belek buku dulu, esok abe jawab, phewww...

dan disitu, dan disana nun jauh dalam hati, kita tahu, Allah lebih mengetahui nawaitu kita sekalian... jangan jadi macam kaum Yahudi, yang bila dikurniakan kepada mereka, para2 nabi, datang kepada mereka kitab, tetapi mereka mendustakan, sedangkan Allah lebih mengetahui...

akan tetapi... hal segini bukan lah untuk merunsingkan kepala anda semua, atau bukan jugak untuk menambah beban dimalam exam anda... bahkan ia tidak lain tidak bukan adalah sebagai berita gembira kepada anda2 semua... berita gembira dimana, apa yang kita perbuat ini bukan lah semata2 kerana duniawi kan? malah lebih agung dari itu...

Islam datang bukan untuk menyusahkan atau membebankan kehidupan kita, tetapi sebagai panduan, sebagai tunjuk ajar untuk kita menjalani kehidupan kita sehari2... dan dengan betol2 menjadikan Islam itu sebagai way of life, maka... yang nak kabor nye, hilanglah segala keluh resah, hilang lah segala beban yang tertanggung selama ini, kenapa? yee nawaitu kita tadi, Islam itu tadi, resapi lah dalam kehidupan kita sebenar-benarnya, dan percaya dengan janji2 Allah sebenar-benarnya... sebagaimana kita percaya makan itu mengenyangkan kita, sebagaimana kita percaya kertas tu terbakar bila dinyalakan, malah seharusnya kepercayaan kita itu melebihi dari tu semua ye idok?

nah, sudah jauh jugak lari nya daripada tajuk yang dibahas di atas... kui3... so pesanan nya, niatkan betol2 kerana Allah, dan jugak ingatkan orang lain jugak, termasuk aku sendiri yg selalu lupa ni (ye al-maklumlah selalu je ponteng kelas kan)... semoga, setiap pekerjaan yang kita lakukan untuk menuntut ilmu ini diberi ganjaran oleh Nya, bahkan lagi di zaman sekarang ni kematian boleh menyambut kita dalam bermacam2 cara dah, semoga mati kita jugak adalah kematian yang bermanfaat pada pandangan Allah, dan insyaAllah kita tergolong dalam golongan yang syahid tersebut, ameen...

4 comments:

  1. salam.

    em,in fact smua bnd kena niatkan lillahi taala kan.makan,mandi,tidur,smua la kan.dan bila smua bnda tu lurus niatnya iA rasa mcm tenang ja hari tu though mungkin ada yang datang utk uji kt :)

    ReplyDelete