Monday, June 2, 2014

THROUGH YOUR EYES




puhhhh.... fuhhhhhhhhh.

salam. sorry dgn klip video tersebut, sungguh setiap klip yang diputarkan kebiasaannya bersesuaian dengan mood ketika menulis blog. kalau sudi mendengar, mungkin anda kurang pass lah dengan lagu2 alaa berjaman camni, haha... tapi mmg tidak lari lah dulu pon macam ni lah jugak aku. dari lenggok lagu, dari rambut serabai, dari idola berpakaian, dari alunan musik, dari tipe gadis, ehehehe... tapi sekarang dah mula berjinak2 dengan menyikat rambut jugak lah, jangan risau.



kalau adalah yang masih membaca, aku mintak maap lah sudah lama tidak berblog. banyak masa di malaysia sekarang ni, bila dah di kampung biasalaa, laptop bukanlah menjadi top priority. dan balik ke malaysia baru2 ni memang lah banyak bertompok balik karat2 lama. walau mencuba seupaya mungkin jgk untuk membenteng diri, akhirnya jatuh rebah. diri ni terkadang hanya mampu bersedih.



dan lately jugak teman2 sudah mula pembekalan. Alhamdulillah akhirnya bermula lah hidup mereka dengan dunia koas. dan tipu lah kalau sedikit pon tidak tersentap dengan diri sendiri yang masih lagi terkontang kanting dengan kelas bimbingan. moga2 ada hikmah disebalik setiap ujian yang aku tempuhi ni kot. atau memang aku belum bersedia pon boleh jadi. doakan.



kadang terpikir jugak untuk kembali macam dulu. tinggalkan komitmen, tinggalkan segala dan bersenang2 je kat rumah. bukan sekali, tapi berkali2.. kering. boleh tampar kalau nak eh. terasa seperti hari2 suram pon ada. bagai semua benda xkena. semua.... kecuali satu. pengubat segala tekanan. doakan semua berjalan lancar dan berkat segala usahanya ya. ehehe...



wal asr... demi asar. atau demi waktu. bila saja Allah bersumpah atas sesuatu, maka sesuatu tu ada istimewanya. waktu, atau mudahnya aku boleh relate kan adalah dengan hidup kita. kerana hidup kita tergantung kepada waktu yang kt ada. kalau aku sudah banyak jugak dihabeskan dengan tidor, main gitar, futsal, jamming, lepak dan sbg nya. padahal Allah telah bersumpah demi waktu atau hidup yang Allah kurniakan ni, kita berada dalam kerugian. so mmg btol lah, ramai rasanya telah rugi. habeskan masa dengan game, dengan termenung panjang, padahal waktu2 yang tersisa mmg xkan pernah berputar kembali.



kecuali, orang2 yang beriman. beriman? percaya? yah semua percaya Allah ada. tapi sukatan iman itu tak semudah tu. sejauh mana kepercayaan kita kpd sesuatu bukan lahir dari mulut. tapi terbentuk utuh dalam qalbu, mencairkan ke mulut, terzahir nya dengan perbuatan. ciee jawapan skema. sebagaimana anda percaya motor anda boleh bawak anda ke rumah2 sakit atau fakulti, sebagaimana anda percaya eskrem korneto itu sedap, dan sebagaimana anda percaya besok akan siang, semua itu disusuli dengan percakapan dan perbuatan anda. aku xpercaya ada yang xnak pegi kuliah dengan moto sb xpecaya moto boleh bergerak. tapi kepercayaan kpd qalam Allah seharusnya lebih dari itu. sudah sejauh tu kah keimanan kita? aku xrasa aku dah... sedih.



dan orang2 yang beramal soleh. sentap... sesoleh mana lah orang2 yang takkan tergolong dalam golongan rugi tu? sedangkan beberapa orang boleh memandang serong kepada alim ulama, tetapi menyanjung tinggi kepada pemimpin berkuasa besar dunia yang tak islamik. siapalah kt nak mempersoalkan apa yang telah dijanji kan Allah.dan kembali balik lah dalam mengrefleksi diri anda nanti. kalau2 anda sedang bertafakur, atau menulis blog (hehe), adakah ianya suatu amalan soleh yang anda sedang buat? ya? Alhamdulillah waktu anda telah anda gunakan untuk sesuatu yang tak merugikan. TIDAK? hmmm masa ni lah untuk anda gunakan nikmat akal sehat anda.



dan orang2 yang berpesan kepada kebaikan. ada yang dah penat nasihat orang keras kepala? nah ni oleh2 buat anda. daripada tak buat pape, nasihat terus. biar sampai orang ngeng dgn anda, haha... waktu anda tidak tersisa. yakin lah, tidak tersisa segala penat lelah yang anda buat selama ni. dan ini lah yang merupakan key point atau komponen drp dakwah yang anda lakukan. dan sb inilah ada yang sanggup merentas benua, sanggup melaung2, sanggup ditembak. ya kerana ini lah, orang2 yang tidak pernah rugi dalam setiap detik hidup mereka. semoga kesudahan yang baik menanti mereka di syurga firdausi. moga2 boleh berdialog lebih panjang dalam pembacaan, atau kelompok anda.



serta orang2 yang sabar. daripada banyak2 komponen, nah sabar... pernah rasanya berblog tentang tajuk sabar ni, tp mngkin konten yang lari buanget. orang2 tua dulu selalu cakap, nak jadi artis ni senang je nk up, tp nk maintain susah. hehe... ye dulu kt mngkin garuda gergasi yang disalute sekian anak usrah ataupon murobbi masing2. sekarang kt mungkin cuma burung kakak tua yang tak lain xbukan hanya mengulang kata2 tanpa roh yang menembusi hati2 mereka. ye, lihat kembali sejarah kt yang dulu, siapa kt yang dulu? sedekat mana kita dengan Allah ketika dulu? segagah mana kaki kita berdiri menghadap ilahi dikala orang tidor nyenyak? yup kata kunci nya sabar. setiap yang kt lakukan kena lah senantiasa istiqamah? ye malu nak menyebutnya sb aku tahu diri aku ditahap mana sekarang. untuk kembali seperti dulu? ye perlu lebih banyak sabar nya... lagi tinggi iman anda, lagi banyak sabar lah kena spare. bulih? hehe



ok, tidak berniat untuk menulis panjang, moga2 masa yg digunakan bukan lah merugikan. semoga bermanfaat kepada yg membaca. sekian.