Assalamualaikum, :)
ngehehe, hati agak gumbira 2 3 menjak ni, Alhamdulillah... semua sudah macam agak keringanan... Alhamdulillah... so jangan duk risau2 lagi ye teman2 (ngahaha perasaan btol lah anda)... memang tanggungjawab tu makin bertambah2, memang stressor2 lain jugak seperti biasa datang menjenguk, tapi... camtulah, santai jeee... mungkin kerana senyuman anda begitu berharga gitu, kih3
ayat di atas mungkin ga nyambung ye, tapi pokok nya sangat2 bersyukur lah, banyak jugak berita2 baik singgah menyerikan hidup ni, xkira lah yang melibatkan anda atau tidak, saya ucapkan terima kasih, :)
ada satu benda yang sebenarnya berjaya memotivasikan diri yang makin lelah ni... iaitu tentang pilihan yang kita cakap kemarin. pelik kan bila kita memilih sesuatu jalan yang kita xsanggup untuk hidup dengannya... dah kalau sampai gitu jadinya, maka macam mana nak bahagia... maka ketemulah akan saya satu solusi, dimana saya perlu muhasabah diri, anda jugak harus... muhasabah diri tentang keikhlasan kita...
ye, saya tau anda memang ikhlas lah, saya pon ikhlas, bukannya xikhlas, isk3... just in case di tengah jalan tu, keikhlasan tu tergugat dek sesuatu, ye sesuatu... bila dah keikhlasan tu berpindah kepada sesuatu yang selain Allah (nauzubillah minzalik), maka tu yang mungkin sedikit sebanyak mempengaruh kestressan anda, eh saya... ye semuanya.
maka, muhasabah tu untuk membetolkan balik nawaitu kita, meluruskan balik jalan yang kita tempuhi sekarang, supaya tidak kita melencong sampai ke kelantan (eh boleh ke?)
sampai ke kelantan pon boley, boley jugak pekena nasik kerabu siam mari, kih3...
dan kelurusan jalan nya tadi biar lah btol2 menuju kepada Pencipta kita, ya Allah swt. once kita dah memilih menuju kesana, kerana kerinduan, kecintaan, kehambaan, maka memang tidak patot untuk saya lemah kepada perkara2 lain nya, lagi2 yang bersifat duniawi...
memang bila dah bergelar seorang insan, atau manusia, kita tidak lari daripada bersifat pelupa dan kurang bermotivasi, tapi ia nya memang salah kalau kita mengambilnya secara bulat2 dan menyalahkan takdir. dan kerana itu adanya ukhwah fillah, adanya pintu taubat, supaya kita dapat saling memperingati kerana Allah swt, dan senantiasa melangkah kebelakang apabila xsengaja tersesat...
namun, saya akui, tak semua keputusan yang kita ambil ni senang, dan sangatlah berbeza kesusahannya, xsama setiap individu... ya berat, dan mungkin terkadang xsengaja, sebab terlalu excited ke, teman2 mempengaruh sangat ke, hingga sampai kesuatu tahap, terasa susah untuk berbalik lagi... mungkin
tapi, ingatlah balik, syurga dan neraka tu berkekalan, dunia tu tersangatlah singkat, sehinggakan manusia apabila merasakan kenikmatan di syurga, mereka melupakan kepayahan di dunia, dan begitulah sebaliknya... nak taknak, Allah swt anugerahkan kita pilihan itu, dan rugilah kalau KITA berpaling daripada hidayah Nya.
p/s~ saya ngerti susah mau buat pilihan tu, susah mau ngambil kekuatan untuk merubah, faktor sekeliling senantiasa menjadi faktor yang agak kuat... saya pon sama jaa, tapi saya yakin anda lebih kuat dari saya, buatlah perubahan tu untuk anda, dan saya jugak, anda kan man of steel, saya suparman cap ayam je, kui3... :)
satu lagi, doakan kejatuhan mereka, xleh g molek tengok video nih, panas sejuk je rasa
No comments:
Post a Comment