Tuesday, December 10, 2013

NAK SUNGAI KE NAK... HMMM

assalamualaikum,

perot kenyang senang hati... gila

anda semua pasti tersenak perot kejap tiba2 mendapat update ini, terutama daripada blog the long lost soul pulak kan... ingat kan dah dah kemana tuan empunya blog, mesti tercari2 jugak wajah saya di gambar2 mujahideen palestin, apa di syria kot2 dah kesana... nah rupa2nya ada lagi... lepas jugak rindu akhirnya... ahaks. gila

sbulan dua ni mmg agak busy sbenanya, bersambung2 tak berhenti, dengan gerak kerja sket, dengan sakit lagi, dan jugak tidak dilupakan kerja kuliah yang semakin terhimpit rasanya... memang waktu mencemburui kita, memang... sesungguhnya demi masa, manusia dalam kerugian...

walaupon dalam kesibukan yang tidak seberapa dibandingkan dengan anda2 sekalian, saya masih lagi mengorak langkah menyebar cahaya, mengutip sedikit demi sedikit Islam yang tercicir, semoga apa yang saya lalui sekarang ini cukup meningkat derajat saya di mata Allah...

dan, dalam kesibukan ini juga sebenarnya banyak mengajar saya, mungkin Allah turunkan kesibukan ni kerana ia adalah cara yang terbaik untuk mendidik saya, katanya seseorang, untuk menjentik hati yang mungkin tengah lagha ke, xingat...

ya Allah, warhamni... dan Allah hadiahkan kita dengan teman2 di sekeliling yang sangat membantu kita membina suasana yang Islam, Alhamdulillah... juga yang sering usap2 hingus kat hidung masa sakit, yang masak2 kasik perot makin bulat, yang nasihat xhenti2, yang pasang telinga dengar masalah kita, yang selalu doakan kita syahid. love... sayang nya Allah tidak terhingga...

satu hal yang mungkin kita sedikit terlepas pandang, lebih2 lagi di kala sibuk menghantui diri, adalah apabila memilih photoshoot berbanding usrah di hujung minggu... :D

*tensyen

tak, memang maksud dia lebih kurang tu laa, haha... cuma mungkin dalam hal lain, xkan sb photoshoot je kot... entah kenapa tiba2 apabila mendengar tentang ini hati ini seakan2 tak pernah tau sebelumnya... prinsip jelas mudah dalam Islam, dimana jika kita membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kita... apabila kita sibukkan diri dalam urusan agama Allah, sehingga masa untuk bersenang2 untuk diri sendiri pon takde, maka dipikirkan pon, layaklah pertolongan Allah tu sampai... xkan nak goyang2 cesar je manjang *wink2...

apabila tentera talut melalui sebatang sungai, ada yang memilih untuk terus tinggal di situ, dek kerana enaknya air yang mereka ketemu. bayangkan sudah jauh berbatu melangkah, akhirnya ketemu sungai, ada yang nk minum, ada yang nak berendam, ada yang nak basuh baju, macam2, ishh... tapi ada sekelompok jugak yang memilih untuk meninggalkan kesenangan tersebut, untuk membantu memenangkan agama Allah... kesudahan yang baik ternyata di pihak mereka...

kita sekarang, mungkin tidak di uji dengan sebatang sungai lagi... setiap anda hanya perlu pencet butang call pakcik aqua, nah delivery pulak tu yang datang... bukan jugak nak suruh xminum aqua yang dibeli tu... dan pokoknya disini bukannya nak promote brand aqua, apetah lagi nak cakap pasal boikot aqua... tapi masa2 kita yang tersisa setelah penat di medan kuliah, mungkin ada yang memilih untuk menyantai di katil, ada yang mungkin ingin menggunakan masa yang singkat tersebut jugak untuk bersenang2... tapi ingatlah, anda jugak boleh memilih untuk mengorbankan sungai tadi, untuk membantu agama Allah... dan insyaAllah, kesudahan yang baik tadi boleh jadi anda juga akan perolehi...

ninggal milih aja bapak bapak ibu ibu... mau sunge apa mau syorga? *overrrR

REFERENCE

1. al-Quran nulkarim

No comments:

Post a Comment