Friday, April 28, 2017

Trip ke Ho Chi Minh Part 1

Assalamualaikum wbt.
Bersawang, "pok! Pok! Pok!" . Okay jom duduk. Jadi tujuan penulisan blog pada kali ini adalah tidak lain tidak bukan bersesuaian dengan tajuk nya menceritakan pengalaman trip ke Ho Chi Minh city. Pada awalnya dan kebiasaannya saya tidak sudi menulis, tetapi kerana merasakan perlunya post2 yang begini (saya banyak belajar tips dari blog orang juga sebelum kesana) bagi membantu sesiapa yang mungkin pertama kali bakal kesana. Jadi trip kami kesana adalah selama 4 hari dan 3 malam, dan hanya kami bertiga (saya, isteri, dan anak).

Pertama tama sekali Ho Chi Minh city sebenarnya kota yang besar dan metropolitan (heart of Vietnam) sama seperti kota metropolitan Kuala Lumpur. Jadi penduduknya sangat padat sekitar 19juta orang yang rata2 dari mereka menggunakan motor untuk urusan bisnes dan peribadi. Dah macam Jogja (lebih padat jogja lah!) namun infrastruktur jalanraya mahupun public transport sangat lah mudah. Untuk kami yang dah 6 tahun berkelana di kota Jogja mungkin tidak terlalu bermasalah berhadapan dengan kesibukan traffic disana, malahan merasakan orang2 Vietnam lebih mengikut peraturan dan lebih banyak beralah kepada pejalan kaki. Namun bagi yang tidak terbiasa dengan kesibukan jalan raya dengan motor2 bergelimpangan di jalan, nasihat saya adalah gunakan laluan pejalan kaki (every inch of the road ade benda tu) dan melintas lah dengan yakin! Nanti motor hakta kereta akan mengelak daripada melanggar para pejalan kaki. Belum yakin? First day lah katakan, ikut je rapat2 mana2 orang yang nak melintas, insyaAllah selamat bak hang!

Okay walaupun trip kali ni bunyi macam lama (4 hari 3 malam) tetapi hakikat yang terpaksa kami tanggung adalah ianya terlalu singkat! Tujuan kami kesana adalah untuk sight seeing bukannya shopping. Terasa sangat berkejar dengan waktu walaupun cuma 2 trip yang kami ikut untuk kali ni. Pertama adalah trip ke Mui Ne dan yang kedua adalah trip ke Mekong. Okayla untuk first trial.

Sebelum kesana kami dah survey2 blog2 yang wujud (thank you para bloggers!) menceritakan pengalaman di Vietnam dan kami akhirnya yakin mengambil sebuah trusted travel agent sebagai guide kami disana. Pendapat 20sen aku bila anda mahu ke sana, xpayah cari masalah nak susahkan diri sendiri nak travel sendiri kemana2 sebab menurut aku rate yang ditawarkan adalah berpatutan. Kalau pon belum berjaya jumpa travel agent sebelum kesana jangan gelabah! Nanti sampai je area pasar Ben Thanh anda akan tengok berkerumun travel agent yang available. For Malaysian, Muslim mungkin lebih baik kalau ambil pakej dengan travel agent yang muslim (Di Restaurant Pho Muslim ada menyediakan khidmat travel agent) sebab kalau anda amik dengan travel agent yang non-muslim siap2 je lah makanan sendiri, confirm nya diorang akan serve Pork! Walaupon ditawarkan makanan vegeterian, still ni bukan Malaysia, pinggan yang diorang pakai pon pinggan yang sama je.

Untuk kami sekeluarga, aku book trip ke Mui Ne dan Mekong dari Mrs Khanh, aku rasa mana2 blog yang korang visit mesti ade nama ni, haha. Dari blog, dari review everything looks convincing so aku pon ambik number dan berurusan lah. What can i say Mrs Khanh is a very nice lady, she helped us a lot. So korang kalau berurusan dengan dia silakan tanya je pape dia akan membantu, and she can speak English well (most of the Vietnamese I met there can't speak English - they won't understand English too) sad story. Dan sebenarnya kalau korang amik travel agent dari restaurant2 halal di Malaysian Street insyaAllah dorang boleh cakap melayu. So you choose. Intinya kat sini jangan gelabah, memang banyak sangat travel agencies kat sana, harga pon rata2 sama dan murah.

First day sampai di Ho Chi Minh city, flight landing memang berayun sakan. Aku dahla xsuka naik2 flight ni. Memang angin kuat kot kat sana. So perjalanan dari airport ke hotel aku dah book siap2 dari Mrs Khanh. Airport ke hotel Rm55, dan hotel ke airport balik Rm40, dan everything bayar pakai ringgit je. Reason why aku ambik siap2 driver dari Mrs Khanh? First sebab aku bawak anak kecik, kalau tak nak try jugak naik bas dia, katanya jauh lebih murah cuma Rm1 je. Kedua bila dah decide nak naik taxi memang banyak sangat scammer katanya kat sana, dimana kawan aku baru je pergi sebelum kitorang pergi sana, sama diorang bertiga dengan anak kecik, dan taxi cas diorang 700k dong for one trip. Gila! So aku xnak ambik risiko ape lagi ni first trip kesana ambik yang selamat jelah. Sampai je dah ade orang tunggu, naik keta terus chow ke hotel dan check in.

Hotel yang kami nginap ni adalah Hotel Hong Hac. Aku book hotel ni pakai booking.com je. Awalnya aku book hotel Boss 3 (utara pasar ben thanh), tetapi setelah tanya2 ramai yang recommend cari hotel yang area2 selatan (belakang) pasar ben thanh, lebih meriah dan banyak kedai katanya. So aku cancel booking dan book Hong Hac Hotel. Hotel yang xbesar sangat, selesa lah untuk tidor dengan makan je. Dan dorang bagi free upgrade ke bilik yang view menghadap street! Tips here is kalau datang memang niat nak shopping duduk kat Malaysian Street! (Aku nak book situ jugak tapi semua fully booked!) memang kalau duk di Malaysian Street turun2 je dah pasar malam! So pasal book hotel ni, masa aku cek di google maps jarak2 hotel ni memang terasa jauh je dengan pasar Ben Thanh, risau juga takut krik2 sorang2, tapi caya jelah yang jarak di booking.com tu cakap, memang dekat je compare dengan korang tengok maps nampak macam jauh.

Aku nak kena sambung nanti pulak. Bye

No comments:

Post a Comment