semakin dekat dengan exam ni, semakin banyak pulak mengimbau kenangan, semakin membuak2 pulak homesickaa nya..huiisshhh. banyak benda yang terlintas dalam kepala, dan agak terkedu2 jugak bila teringat yang dulu2 senantiasa ke pantai bersama keluarga besar nik.
memang dolu2 kerja yang paling feveret, memang, ke pantai, atau jeram aka air terjun kot. every weekend biasanya keja kemana2 pantai atau jeram lah (anak cikgu kan, weekend memang pree,kui3) dan memang sampai sekarang xpernah aku taw kenapa abah memang sangat2 lah mengajar anak2 dia menjadi perenang,... masih terkorek2 kenangan memimpin tangan abah di pantai, sambil menggoyang2kan kaki ala2 anak itik, dan abah bawak jalan pelan2 mengelilingi pantai, kui3... dan membesar dalam kelompok besar yang semuanya kaki perenang, memang nak taknak dah berkali2 aku tertelan air. dan semua mostly bila tengok aku macam tu memang makin mengada2 nak mengacau, isk3...
di pengakhiran hidup sbg anak tk, maka berjaya lah aku mengharungi kecelakaan demi kecelakaan menelan air dengan jayanya.. sekarang baru terpikir, abah macam xpernah bimbang je anak dia lemas ke apa eh? maka, sebagai orang darat (atau bahasa normal nya anak kekampungan), di waktu sd aku dihabeskan dengan memburu hotel2 yang ada suwiming pool, hooyeahhhehehehe... memang biasanya di waktu2 cuti skolah, abah akan plan lah untuk jejalan bersama2 keluarga2 nik yang lain jgk... dan everytime check in ke hotel, dan apabila menaiki lif, mata2 anak nik mansor ni biasanya akan tertumpu kepada signboard swimming pool kat lantai berapa... hehehehe, dan biasanya jugak setelah letak barang2, maka disitu lah kami semua berkumpul... berenang renang dan renang lagi, sampai laa orang panggil untuk keluar, makan, jejalan, then berenang lagi dan renang dan renang, hui3, ye kami memang darat...
dan setelah melangkah masuk nya ke sekolah menengah bawah, atau lebih specific nye di masa form 3, apabila, kami2 ni berpindah ke sebuah kondo mewah (tak mewah pon), makin rancak lah aktiviti berenang bersama2... hingga kadang2 or banyak kadang nya 1 2 pagi masih lagi kat kolam, berenang renang, oh indahnya... lantai rumah basah je manjang dengan orang2 yang xpandai nak lap kering2 sebelum masuk rumah ni... dan rasanya tempat kolam tu dah mcm 2nd house ktrng.
keadaan jadi makin hambar, bila, aku masuk ke salah sebuah sekolah berasmara penuh, eh berasrama ye... dari aktiviti setiap masa menjadi aktiviti setiap 2minggu, daripada setiap 2 minggu, menjadi makin kurang, makin kurang, apabila yang lain2 jugak sudah mula sibuk keluar negeri, untuk belajor, dan sebagainya... berenang dengan saeng2 mungkin tak terlalu menghiburkan, mungkin tak terlalu syok gitu, ntah jugak kenapa eh? pantai2 di kelantan jugak sudah mula menyajikan ombak2 yang agak gedek, sudah tidak terlalu sesuai untuk berenang, abah jugak sudah kurang bawak anak2 dia ke pantai, even abah pon dah lama xtengok dia berenang, mungkin tangan badan sudah sedikit sebanyak sakit ke bah? ke keje kat skola makin sibuk? hehehe...
tapi kenangan dolu2 tu masih lagi segor, sangat segar lah, xcukup dengan jeram pantai, longkang2 dalam pon jadi port bila dah dengan adik beradik, kazen2 semua, hohoho... walau mungkin bermandi manda dengan biawak2 besar, tapi emmm, agak kotor eh, hehehe, tapi ye, syok eh... :)
sekarang, walaupon ramai je kawan2 yang mengajak gi ke kolam, semangat tu dah xmacam dulu, kenapa tu? sebab diorang tak fun? sebab diorang xberapa pandai berenang? sebab aku malas? sebab nak masuk kolam kena bayar 7ribu? ntah lerr, kurang la sket perasaan tu... even kemarin ke ngrenehan pon, serius xmerasa sangat nak berenang, tgk laut pon rasa lagi syok, eh? ish3... tapi at certain point agak syok jugak laa, bila ada sorang ikhwah dari surabaya, orang sarawak (ye orang sarawak confirm la power berenang, macam orang kelantan,kui3), yang agak lincah berenangnya, tga orang semua naik nak makan, tiba2 je dia terjun, dengan baju2 nya macam tu je, tup2 dah ketengah teluk, haha, lawak jugak nengok nya... tapi agak laa tenang, bila ke tengah tu dengan dia, borak2, tgk langit kejap, bermuhasabah diri kejap, haa aah, syok. memang syok.
mari kita duduk beriman sejenak, hehe :)
tapi lagi syok kalau dapat kumpulkan balik kazen2, and have fun di jeram lagi... :')
No comments:
Post a Comment