Wednesday, April 25, 2012
JIKA CINTA ALLAH
masihkah kau ingat?? golongan2 pada pandangan Allah,
golongan yang beriman dan bertaqwa,
golongan yang kafir,
dan golongan yang fasik....
~ pernah terperasan ke, bagaimana Allah swt menjelaskan tentang orang yang beriman dan bertaqwa di dalam surah al-Baqarah dengan cuma 5 ayat yang pendek dan ringkas,... iaitu orang yang bertaqwa adalah orang yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, menginfakkan rezeki mereka, beriman kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan yakin akan adanya hari akhirat....dan mereka ialah orang yang diberi petunjuk oleh Allah swt, dan mereka orang yang beruntung...
~ dan golongan yang kafir di dalam 2 ayat, iaitu sama sahaja bagi mereka sama ada diberi peringatan atau tidak, Allah swt telah mengunci hati dan pendengaran mereka, dan mereka akan mendapat azab yang berat...
~ dan seterusnya dari ayat 8 ke ayat 20, tentang golongan yang fasik... golongan yang mengaku beriman, sebenarnya mereka tidak, mereka fikir mereka menipu Allah sedangkan mereka hanya menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari.... dan apabila dikatakan kepada mereka, "berimanlah kamu sebagaimana orang lain beriman!" mereka menjawab, "apakah kami akan beriman sebagaimana orang-orang yang kurang akal itu beriman?" ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak mengetahuinya.
(sila rujuk balik surah al-Baqarah, maaf atas kesilapan nya)
SYAITAN
"wahai anak cucu Adam! janganlah kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari syurga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat kedua-duanya. sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. sesungguhnya kami telah jadikan syaitan itu pemimpin bagi mereka yang tidak beriman" surah al-A'raf ayat 27
susah nih nak handle benda ni, dia licik, bijak mengatur strategi nak menghasut manusia, kita laa tu, untuk kita tidak tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt... tu dia ada laa kat sebelah hang, tengah syok joget kat sebelah, bisik2 kat telinga,...
dulu ustaz aku ada bagitaw, apabila manusia tu lahir, akan lahir sekali dengan kita satu jenis syaitan ni, nama dia qorin, dialah peneman hidup kita sampai mati... dan for sure lah qorin ni akan sentiasa memperhatikan kita, membisikkan kita kepada kejahatan... even pada Rasullullah saw juga ada qorin, tapi qorin baginda telah memeluk Islam dan senantiasa membisikkan kearah kebaikan... qorin2 yang lain ni semuanya kafir, sangat berusaha gigih untuk membawa aku, kamu2 semua kearah kejahatan lah secara ringkas nya... so berwaspada yee...
ni apa yang aku search kat internet 7 tahap syaitan menghasut, atau menggoda manusia :
1- membisikkan kepada manusia supaya tidak mengtaati perintah Allah swt sehingga menjadi kufur dan ingkar
2- membisikkan kepada manusia supaya menunda-nunda melaksanakan ibadah kepada Allah swt
3- membisikkan kepada manusia supaya bersegera dalam beramal dan mengerjakan kebaikan sehingga tidak khusyuk dan memikirkan agenda lain
4- membisikkan kepada manusia supaya menjalankan amal secara sempurna supaya tidak dicela oleh orang lain sehingga menjadi riak dan ibadah itu tidak dilaksanakan semata-mata kerana Allah swt
5- membisikkan pujian halus dan samar kepada orang yang beramal supaya menjadi sombong tanpa disedari
6- membisikkan kepada orang yang beribadah secara rahsia supaya tetap beribadah secara rahsia sehingga tidak diketahui dan disembunyikan daripada orang lain dengan maksud supaya ilmu tidak bermanfaat dan tidak dapat dijadikan sebagai contoh yang baik kepada yang lain
7- membisikkan kepada ahli ibadah dengan memberitahu ibadah nya sudah lulus dan dia tidak perlu beribadah lagi. dia menggoda kita melalui pendekatan takdir, dimana takdir manusia sudah ditetapkan sama ada baik atau buruk, jadi untuk apa kita beribadah lagi kan kan??
tanpa aku sedar, jujurlah benda2 ni semua memang pernah aku rasa, perasaan malas untuk solat, malas ke masjid, malas usrah, memang ada, sape x malas kan??
dan bila ni dah kita overcome, muncul lah symptom2 baru, nak pulak menunda-nunda, ada banyak kerja la, nak buat work plan lagi, nak block exam lagi, isshh, padahal bukan lama pon...aku rasa, daripada x segera kan semua tu, aku still meroyan-royan di blog la, main game kat fb lerrr, ceiittt, godaaan btoiii
haaa ni satu lagi, yang ketiga, ada x pernah rasa, masa tengah solat tu, patot nya khusyuk la kan, ni pikir laaa pasni nak baca quran pulak, nak hapal surah ni laa, tuu oke gak kebaikan, ni kalau pikir nak main gitar, lagu apa nak belajar lepas ni camana??jawab jawab,haha
dan seterusnyaaa tepuk dada, tanya diri sendiri lah, beta tak bertanggungjawab yee...
" dah solat semua, baca quran, pergi masjid, baguihh2, jempol!!! isap rokok sket xkan la xboleh kot,hehehe " opsss.....
SOLUSI
tapi apa kita nak risau sebenarnya,...syaitan ni memang la nampak macam power, ramai yang tunduk kat dia, kita apa kurang nya weyyy... banyak2 baca basmalah dalam setiap pekerjaan kita nak buat, banyak2 baca al-Quran, zikir banyak2, haaa tunduk laa dia insyaAllah, this a battle that never end u see,hehe
hmmm pikir2 balik, Islam ni mudah, tapi bukan dipermudahkan, tapi susah2 pulak kita nak susahkan diri kita yang dah susah nak jadi yang sebaliknya..., kan bahagia, tenang tu kalau kita buat apa yang disuruh-Nya, tinggal apa yang dilarang-Nya...balik2 sibuk gak nak kejar dunia, nak kejar glemer, nak kejar pompuan, memang xhabes laa.. berapa sangat nikmat atas dunia ni??what is wrong with u peopleeee???isshhh...
one thing that is really interesting, yang sangat menarik perhatian aku tentang al-Quran, setiap kali Allah swt mengingatkan tentang azab yang pedih bagi mereka yang mendustakan ayat Allah,tensyen je rasa, Dia akan buat aku happy balik dengan janji2 syurga, keindahan syurga bagi orang2 yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya...hopefully, dan sangat menginginkan i'm one of them *muka serius*...
tetapi, pernah satu kuliah subuh aku dengar ni, ustak Saibong, people call him with the name, idk the spelling is correct or not,haha...pada satu sesi ni dia tengah mengajar pasal mentality ahli2 syurga... pernah terfikir ke kita pasal ahli2 syurga ni macam mana?? rasa2 ada tak orang merempit dalam syurga? ada tak orang yang tak pernah pikir perasaan orang lain, parking keta ntah pape sampai berderet sesak keta2 lain, agak2 orang cerdik ke orang cetek akal ahli2 syurga ni???haaa tu sebagai point aku tinggalkan untuk kamu2 semua, berfikirlah k...
CONCLUSION
its easy, simple, choose wisely, use your logic, and live happily ever after, see u in Jannah insyaAllah...
p/s~ ambe sebenarnya segan nak post ni, tapi harap2 bermanfaat lah, tidak salah rasanya sekali sekala kan,haha,... salam, ohyaa mohon maaf atas kekurangannya....
"sesungguhnya aku menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." imam Hassan al-Basri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
subhanallah..barakallahu feek.
ReplyDeletepost selalu pon xpa.
ye cik adik manis,haha,insyaAllah
ReplyDelete